Semanis kata, pembuka bicara
Blog menjadi wadah perkenalan
Jangan segan kita bersuara
Bagi mengerat tali persaudaraan
Salam Sehati Sejiwa saya ucapkan kepada semua...
Tujuan Blog ini diwujudkan adalah untuk memberikan sedikit sebanyak pengetahuan mengenai penyakit HIV/AIDS kepada yang ingin tahu mengenainya.
Sebelum itu saya ingin bertanya, berapa ramaikah daripada anda semua yang tahu akan penyakit HIV/AIDS ini? Berapa ramai yang tahu akan penyebaran dan faktor risiko HIV/AIDS? Kajian menunjukkan bahawa hanya 3 daripada 10 orang rakyat yang tahu akan penyakit ini dan mereka adalah antara golongan yang mempunyai penyakit ini dan juga pihak Kesihatan. Bagaimana dengan rakyat yang lain?
Bila disoal apa itu HIV/AIDS, jawapan yang seringkali diterima adalah "penyakit ini kita dapat kalau hisap dadah", "kurang pasti penyakit ape itu", dan yang lagi hebat "Ade ke penyakit macam tu"...
Cuba kita tanya mengenai Akademi Fantasia, Gegar Vaganza, The Voice, nama-nama artis...confirm tahu semua...Tak salah pon.. Akan tetapi tahap pengetahuan mengenai penyakit membunuh ini amatlah menyedihkan...
Jadi, untuk tujuan itulah blog ini diwujudkan. Apa sahaja maklumat, isu-isu mengenai HIV/AIDS akan dimasukkan dalam blog ini.....So, STAY TUNED...
Owhhh...sebelum itu, lupa pulak kenalkan diri sendiri, saya SHALINI, seorang kakitangan awam yang terlibat secara langsung dengan HIV/AIDS di daerah Klang, Selangor.
Nice Blog :)
ReplyDelete