Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti sama ada
anda mempunyai HIV adalah dengan melakukan ujian saringan. CDC menyarankan bahawa semua orang yang berumur di antara 18 keatas mendapatkan ujian untuk HIV sekurang-kurangnya sekali sebagai
sebahagian daripada penjagaan kesihatan rutin. Lebih kurang 1 dalam 8 orang di
Amerika Syarikat yang mempunyai HIV tidak tahu bahawa mereka positif.
Orang yang mempunyai
faktor-faktor risiko tertentu perlu menjalani ujian lebih kerap. Sekiranya
ujian HIV-negatif kali terakhir anda telah diuji dan menjawab YA kepada
mana-mana soalan-soalan berikut, anda perlu mendapatkan ujian HIV kerana
perkara-perkara ini meningkatkan risiko anda untuk mendapat HIV:
BORANG PENILAIAN KENDIRI (UNIT
AIDS/STD JKNS)
Anda perlu diuji sekurang-kurangnya sekali setahun jika anda
terus melakukan aktiviti-aktiviti berisiko. Jika anda aktif
secara seksual, gay dan biseksual maka perlulah menjalani ujian dengan lebih kerap (contohnya, setiap 3
hingga 6 bulan).
Jika anda sedang hamil, bincang dengan doktor anda
tentang ujian HIV dan cara-cara lain untuk melindungi anda dan anak anda
daripada mendapat HIV.
Selain itu, sesiapa sahaja yang telah diserang secara
seksual perlu mendapatkan ujian HIV dengan seberapa segera yang mungkin selepas
serangan dan harus mempertimbangkan profilaksis selepas pendedahan Pre-Exposure Prophylaxis (PEP),
mengambil ubat-ubatan antiretroviral selepas berpotensi terdedah kepada HIV
untuk mengelakkan dijangkiti.
Sebulan lepas saya ada melakukan aktiviti berisiko (hubungan berisiko) bersama pasangan yang bergonta ganti pasangan dengan memakai kondom. Saya tidak aktif dalam hubungan seksual (sesama manusia). Adakah keputusan 3 bulan konklusif atau 6 bulan setelah pendedahan konklusif?
ReplyDelete