Gonorrhoea
merupakan salah satu daripada penyakit kelamin (Sexually
Transmitted Diseases -
STDs) yang kerap berlaku. Gonorrhoea boleh menjadi teruk sekiranya tidak
dirawat dan akan menyebabkan pelbagai komplikasi
yang lain. 80% daripada mangsa penyakit
ini tidak menyedari mereka telah dijangkiti kerana kebanyakan kes, jangkitan Gonorrhoea tidak menunjukkan tanda-tanda yang jelas.
Apa itu
Gonorrhoea ?
Gonorrhoea disebabkan oleh jangkitan bakteria Neisseria gonorrhoeae yang merebak melalui hubungan kelamin, yang menjangkiti saluran pembiakan dalaman seperti uterus, salur fallopian, dan ovari. Kadang-kala tanda-tanda Gonorrhoea dapat dikesan, tetapi dalam kebanyakan kes penghidap Gonorrhoea tidak menunjukkan sebarang tanda yang ketara. Kuman Gonorrhea boleh didapati pada bahagian berlendir badan seperti saluran pembiakan, zakar, dubur, kerongkong, faraj, dan serviks.

Sekiranya tidak dirawat, ia juga boleh merebak kepada bahagian
rahim dan salur fallopian, menyebabkan penyakit radang pelvik (Pelvic
Inflammatory Disease - PID). Sekiranya ini berlaku, komplikasi bagi wanita seperti
percantuman pada salur fallopian boleh menyebabkan kemandulan dalam 10% kes,
dan juga masalah kehamilan di luar rahim.
Sekiranya
Gonorrhoea menjangkiti wanita yang mengandung, bayi yang dilahirkan secara
normal menghadapi risiko dijangkiti Gonorrhoea dan
menjadi buta.Untuk
mengelakkan keadaan ini, kebiasaanya, bayi akan dilahirkan melalui pembedahan Caesarean. Sekiranya
bayi dilahirkan secara normal, rawatan menggunakan lapsis (silver nitrate) yang
diletakkan pada mata bayi sekiranya terdapat tanda jangkitan. Sebelum 1985
rawatan ini digunakan secara meluas, tetapi kini ia hanya digunakan apabila
terdapat tanda jangkitan.
Bagi kedua-dua
golongan lelaki dan wanita masalah jangka panjang bagi Gonorrhea yang tidak
dirawat adalah bengkak sendi arthritis kategori gonococcal arthritis yang boleh menyebabkan
sendi jadi bengkak dan kaku. Selain daripada
itu, jangkitan darah "Fatal septicemia" yang boleh membawa maut juga boleh berlaku.
Golongan berisiko
Sesiapa yang
aktif secara seksual boleh dijangkiti Gonorrhea, dan penyakit
Gonorrhea lebih kerap merebak di kalangan golongan yang lebih muda, antara umur
15 - 30 tahun. Ini adalah disebabkan
tabiat golongan muda yang menjalinkan hubungan rambang dengan dari satu pasangan seksual. Gonorrhea juga lebih luas merebak
dikawasan bandar berbanding kawasan luar bandar. Selain itu peratusan kes
Gonorrhea dikalangan kumpulan homoseksual juga meningkat.
Apakah gejala Gonorrhoea ?
Mereka yang dijangkiti Gonorrhoea menunjukkan tanda-tanda seperti :-
Lelaki
Apakah gejala Gonorrhoea ?
Mereka yang dijangkiti Gonorrhoea menunjukkan tanda-tanda seperti :-
Lelaki
- Keluar cecair bewarna kekuningan (creamy) atau hijau daripada alat kelamin.
- Sakit seperti terbakar apabila kencing.
- Gatal-gatal pada bahagian dubur.
- Radang (gatal-gatal) pada bahagian kerandut zakar
- Radang pada bahagian kelanjar prostate (boleh ditentukan dengan pemeriksaan doktor.)
- Tanda-tanda ini kelihatan pada hari ke 2-7 selepas jangkitan pada lelaki. 10% - 15% lelaki tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan Gonorrhea.
Wanita
- · Peningkatan keluaran lendir bewarna kekuningan (creamy) atau hijau daripada alat kelamin.
- Peningkatan jumlah cecair yang keluar dari alat kelamin.
- Pendarahan antara tempoh haid.
- Sakit apabila kencing.
- Gatal-gatal pada bahagian alat kelamin.
- Sakit / memulas bahagian bawah perut.
- Sakit apabila bersetubuh.
- Jangkitan kerongkong.
- Demam.
- Jangkitan dalaman
- Sembelit
- Keluar lendir bewarna kekuningan (creamy) atau hijau daripada dubur.
- Gatal bahagian dalam dubur/alat sulit.
- Sakit ketika membuang air besar dan ada darah bersama najis.
- Dubur berdarah.
· Tanda-tanda ini biasanya kelihatan pada
hari ke 2-30 selepas jangkitan dikalangan 20% kes bagi wanita. Bagaimanapun,
dalam 80% kes tiada sebarang tanda jangkitan Gonorrhea kelihatan di kalangan
wanita.
Mereka yang tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi risiko lebih tinggi menghadapi komplikasi daripada jangkitan Gonorrhea teruk, dan tanpa disedari akan menyebarkan jangkitan Gonorrhea. Dari tempoh jangkitan Gonorrhea akan terus merebak sehingga dirawat dengan betul. Jangkitan yang terdahulu tidak menjadikan seseorang immune kepada Gonorrhea, malah komplikasi boleh berlaku dengan lebih pantas berbanding dengan mereka yang
mengalami Gonorrhea kali pertama. Jangkitan kali kedua juga menambah risiko mendapat jangkitan HIV.

Masalah jangka panjang
Dianggarkan 2% daripada pesakit Gonorrhea yang tidak dirawat akan mengidap Jangkitan Gonococcal Meluas (Disseminated Gonococcal Infection (DGI)). Tanda-tanda Jangkitan Gonococcal Meluas adalah :-
Dianggarkan 2% daripada pesakit Gonorrhea yang tidak dirawat akan mengidap Jangkitan Gonococcal Meluas (Disseminated Gonococcal Infection (DGI)). Tanda-tanda Jangkitan Gonococcal Meluas adalah :-
·
Sakit sendi tulang (Gonococcal
Arthritis)
- Demam
- Kudis pada kulit
Gonorrhea yang tidak dirawat juga boleh tersebar melalui salur darah dan boleh menjangkiti injap jantung dan otak (jarang).
Selain itu, masalah jangka panjang bagi
lelaki adalah :-
- Epididymitis (Radang pada keradut zakar (testicles) yang boleh menyebabkan kemandulan).
- Sakit sendi tulang (Gonococcal Arthritis)
- Jangkitan organ lain.
- Bengkak pada kerandut zakar dan zakar.
Masalah jangka panjang bagi wanita adalah :-
- Kudis (Abscesses)
- Mengandung luar rahim yang boleh menyebabkan kematian pada ibu. (Ectopic pregnancy)
- Pelvic Inflammatory Disease (PID). Jangkitan yang merebak dari faraj dan serviks kepada uterus dan salur fallopian dan menyebabkan kemandulan.
- Jangkitan pada hati (Perihepatitis).
- Mandul pada wanita.
- Salur fallopian tersumbat yang menghalang telur yang subur memasuki rahim dan menyebabkan kemandulan.
- Jangkitan sekeliling hati (Perihepatitis).
- Tisu tebal (scar) terbentuk pada saluran fallopian.
Cara Jangkitan
Walaupun Gonorrhoea tersebar melalui hubungan seks, Gonorrhoea juga boleh merebak melalui kaedah yang lain. Cara Gonorrhoea merebak adalah melalui :-
1.
Hubungan kelamin termasuk :-
a.
Hubungan kelamin biasa. (30-50% lelaki,
60%-90% wanita.)
b.
Alat kelamin ke mulut (Gonococcal
pharyngitis)
c.
Alat kelamin ke dubur
Dari ibu kepada bayi ketika proses
kelahiran semasa bayi melalui saluran
peranakan yang menyebabkan jangkitan dan kerosakan pada mata.
- Melalui sentuhan pada bahagian yang sakit.
- Melalui najis pesakit.
Vulvovaginitis pada kanak-kanak melalui
pakaian yang bercampur dengan pakaian
pesakit Gonorrhoea ketika dibasuh. Ini boleh menyebabkan satu keluarga
dijangkiti Gonorrhoea sekiranya bapa terkena Gonorrhoea. Vulvovaginitis juga
terdapat dalam kes penderaan seksual.
Pencegahan
Cara terbaik
mengelakkan Gonorrhoea adalah dengan mengelak dari melakukan hubungan kelamin
(bagi yang belum berkahwin) atau melakukan hubungan dengan pasangan yang
dikahwini sahaja.
Bagi mereka
yang mengamalkan cara hidup berisiko dan aktif secara seksual, mereka perlu
mengamalkan cara yang selamat ketika melakukan hubungan kelamin seperti
penggunaan kondom dengan betul, yang menutupi bahagian
yang terkena jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan kondom dengan betul boleh mengelakkan
penyebaran penyakit kelamin disamping mencegah kehamilan yang tidak
dirancang.
Melakukan
pemeriksaan lebih kerap dan secara berkala seperti setiap enam bulan sekali.
Mereka juga perlu membersihkan tangan dengan teliti disebabkan bakteria Gonorrhoea boleh merebak kepada mata.
Hubungan
seksual perlu dilakukan dengan mereka yang diketahui selamat atau dengan satu
pasangan sahaja dan dengan menggunakan kondom. Elakkan daripada melakukan hubungan
rambang.
Mendapatkan
penerangan terperinci dengan melawat klinik penyakit kelamin (sexually
transmitted disease (STD) clinic), hospital, doktor, atau pengamal perubatan.
Selain itu
adalah penting bagi wanita untuk menjalani pemeriksaan pap smear bertujuan
mengesan sebarang kelainan kepada alat kelamin. Pengesanan awal perubahan yang
diperoleh daripada ujian ini adalah langkah pencegahan terbaik bagi mengelakkan
kanser
rahim.
rahim.
Pengesanan dan Pengesahan
Ramai doktor gemar menggunakan lebih dari satu ujian bagi mengenalpasti Gonorrhoea agar lebih tepat. Terdapat tiga jenis ujian makmal yang boleh dilakukan untuk memastikan Gonorrhoea iaitu :-
Mewarnakan Contoh Biologi (Staining
Biological Samples)
Ujian mewarnakan contoh biologi dilakukan dengan
meletakkan contoh lendir yang keluar dari zakar atau serviks dan mewarnakannya
dengan pewarna (dye). Ujian ini adalah lebih tepat bagi lelaki berbanding
wanita disebabkan hanya 1/2 wanita yang dijangkiti dapat dikesan dengan menggunakan
ujian ini.
Penkulturan (Cultures)
Membiakkan bakteria dalam makmal dengan menggunakan
lendiran yang keluar untuk dikulturkan dalam petri kultur (culture plate) dan
mengeramkannya sehingga 2 hari untuk membenarkan bakteria membiak. Penkulturan contoh serviks
mengesan 90% daripada mereka yang dijangkiti. Penkulturan juga boleh dilakukan
dengan menggunakan sapuan kerongkong (throat swabs).
Mengesan gen Bakteria atau ujian
Nucleic Acid (DNA)
Mengesan gen Bakteria atau ujian Nucleic Acid (DNA) digunakan dengan menggunakan air kencing atau sapuan serviks (cervical
swabs) untuk mengesan gen bakteria. Ujian ini adalah lebih tepat
berbanding penkulturan.
Diagnosis
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, atau mempunyai hubungan kelamin dengan mereka yang diketahui mempunyai penyakit kelamin atau mereka yang tidak dikenali, atau dirogol, anda perlu berjumpa dengan doktor serta merta. Anda perlu memberitahu doktor untuk pemeriksaan penyakit kelamin.
Pemeriksaan
Sapuan pap (pap smears) hanya menumpu kepada pemeriksaan kelainan pada sel serviks (cervical cell), dan bukannya untuk penyakit kelamin. Dengan permintaan khusus, pihak makmal akan menguji penyakit Gonorrhoea secara khusus.
Jika anda ada melakukan hubungan seks rambang tanpa menggunakan kondom, anda perlu menguji diri anda untuk penyakit kelamin. Ini adalah untuk memastikan anda bebas daripada sebarang penyakit kelamin dan juga agar anda boleh mendapatkan rawatan untuk penyakit kelamin sekiranya anda dijangkiti. Sekiranya anda didapati positif mempunyai sebarang penyakit kelamin, anda perlu memberitahu pasangan anda, kerana penyakit kelamin boleh berjangkit.
Selain daripada menghalang penyakit kelamin daripada terus merebak, pasangan anda mungkin tidak sedar tentang tanda-tanda penyakit. Dengan memberitahu pasangan anda, ini membantu pasangan anda untuk mendapat rawatan yang sempurna. Walaupun anda mungkin merasa malu atau rendah diri untuk memberitahu pasangan anda bahawa mereka mempunyai masalah ini, amat penting mereka diberitahu untuk mengelakkan mereka menghadapi masalah jangka panjang.
Rawatan
Penyakit Gonorrhoea mudah dirawat dengan pengambilan antibiotik dalam bentuk pil, atau suntikan tempoh tertentu. Bagaimanapun Gonorrhoea semakin tahan kepada ubat-ubatan biasa. Antibiotik yang digunakan adalah :-

- Cefixime
- Ceftriaxone
-
Ciprofloxacin *(Tidak sesuai bagai
mereka yang
mengandung) - Ofloxacin *(Tidak sesuai bagai mereka yang mengandung)
- Tetracycline
* Antibiotik Ciprofloxacin dan Ofloxacin perlu dielakkan sekiranya anda
mengandung atau bawah 18 tahun.
Pengidap Gonorrhea biasanya juga mengidap jangkitan Chlamydial, sejenis penyakit kelamin yang lain. Gabungan antibiotik yang mampu merawat kedua-dua penyakit adalah
:-
- Azithromycin
- Ceftriaxone
- Doxycycline
Untuk memastikan rawatan yang diberikan berkesan, anda perlu mendapatkan rawatan seberapa segera sebelum kemandulan berlaku. Jangan berlengah kerana kemandulan hanya diketahui apabila anda cuba untuk mengandung.
Menghindar adalah cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan Gonorrhoea atau sebarang penyakit kelamin. Gunakan kondom kerana kondom berkesan sehingga 99% mengelakkan jangkitan penyakit kelamin. Atau elakkan daripada hubungan rambang, dan sebaiknya berkahwin. hubungan rambang, dan sebaiknya berkahwin.
Perkongsian Ilmu Daripada:
Dr. Salmiah
Pegawai AIDS/STD
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat
I was been suffering hardship from HIV/AIDS since 9yrs now, and i happen to have 2 kids for my husband, and now we cannot proceed to have another kids all because of my disease and now i have do all what a human like i and my husband can do just to get my disease healed, i have went to several places to seek for help not even one person could ever help, until i melt a comment on the daily news paper that was commented by Miss Maria about how this powerful traditional doctor help her get cured of the disease (HIV-AIDS) " my fellow beloved" i firstly taught having a help from a spiritual traditional healer was a wrong idea, but i think of these, will i continue to stress on these disease all day when i have someone to help me save my life?" so i gather all my faiths and put in all interest to contact him through his Whatsapp number +2348057353647, so after i have contact him of helping get my disease cured, he respond to me fast as possible that i should not be afraid, that he is a truthful and powerful doctor which i firstly claimed him to be. So after all set has been done, he promise me that i will be healed but on a condition that i provide him some items and obeyed all his oracle said. I did all by accepting his oracolous fact and only to see that the following week Dr.yakubu write me on my email box that my work is successfully done with his powers, i was first shocked and I was been suffering h to be the happiest woman on earth after i have concluded my final test on the hospital by my doctor that i am now HIV- Negative. My papers for check are with me and now i am happy and glad for his miraculous help and power.
ReplyDeleteWith these i must to everyone who might seek for any help, either for HIV cure or much more to contact him now at these email dr.yakubuherbalhealingclinic@gmail.com or his Whatsapp number +2348057353647