Wednesday, 9 December 2015

HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2015




Pada tarikh 26/11/2015 pihak Unit AIDS/ STD Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bersama Pejabat Kesihatan Daerah Klang dan juga Kolej WIT Klang telah berkerjasama untuk mengadakan Sambutan Hari AIDS Sedunia yang bertempat di Kolej WIT Perlabuhan Klang. Tema Sambutan ini adalah "HIV, Getting to Zero"

Majlis disambut dengan meriah dengan melibatkan seramai 800 pelajar Kolej WIT dan staff-staff Kementerian Kesihatan. Juga dihadiri oleh Jabatan lain dan juga agensi luar seperti Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS), Wanita dan Kesihatan (WAKE), Pertubuhan Advokasi Masyarakat Terpinggir (PAMT), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Kolej WIT, Tan Sri Zainal Rampak, Ketua Unit AIDS/STD dan Pakar Kesihatan Awam PKD Klang yang merasmikan majlis ini. 

Tujuan utama sambutan ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran bagi golongan belia mengenai bahaya HIV dan cara pencegahanya. Antara aktiviti yang diadakan adalah Ceramah mengenai HIV, Video HIV, Pertandingan Poster, Pameran daripada Kolej WIT, pihak kesihatan dan juga agensi lain. Slot yang mendapat sambutan paling hangat dalam sambutan ini adalah ceramah HIV daripada personaliti TV9 yang popular iaitu Sifu Hanafi. Respon yang diberikan oleh para hadiri adalah sangat hebat.....




  


Tengoklah sambutanya macam mane....



Stop Stigma, Stop Discrimination..


Tu dia...Bidadari pihak Kesihatan




Ceramah daripada Sifu Hanafi...TERBAIKKK



Ehhm ehmm....



Dengan ini saya merasmikan Hari AIDS Sedunia Peringkat Negeri Selangor


Sedikit sebanyak daripada slot ucapan perasmian oleh Dr. Noriah binti Ismail, Pakar Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Klang :


  " Hari AIDS Sedunia mula disambut sejak tahun 1998. Hari AIDS Sedunia disambut dengan slogan dan tema yang tertentu bagi memperbaharui tekad dan komitmen dalam menangani jangkitan HIV. 
Di antara objektif sambutan Hari AIDS Sedunia adalah  bagi meningkatkan  kesedaran kepada ahli-ahli masyarakat tentang wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV agar penyebaran jangkitan 
dapat dicegah serta mengurangkan stigma masyarakat terhadap pengidap-pengidap HIV.

  Wabak jangkitan HIV dan AIDS telah melanda dunia sejak 3 dekad yang lalu. Di Selangor kes jangkitan HIV yang pertama telah dikesan sejak tahun 1988 dan sehingga bulan September 2015 seramai 15,963 kes HIV telah dilaporkan. Pada tahun ini sahaja sebanyak 483 kes HIV baru telah dikesan,  40 kes AIDS dan 91 kematian akibat AIDS telah dilaporkan. 

  Majoriti kes HIV di Selangor ini (82%)  adalah di kalangan lelaki dan  di kalangan golongan muda yang berumur 20-39 tahun (75%). Majoriti  kes (83%) mendapat jangkitan melalui hubungan seksual dan 10 % melalui penagihan dadah suntikan. Berdasarkan daripada statistik tersebut,  rumusannya majoriti  jangkitan HIV di negeri ini berlaku di kalangan golongan belia, lelaki, yang mengamalkan tingkahlaku seks samada seks bebas atau seks sesama jantina (homoseksual) ataupun menagih dadah. 

  Di antara aktiviti-aktiviti pencegahan HIV yang telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Klang adalah aktiviti-aktiviti pendidikan  pencegahan jangkitan HIV/ STI dikalangan pelajar sekolah, pelajar IPT dan remaja yang berisiko dengan kerjasama agensi seperti AADK, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti pencegahan HIV di 
Selangor."





Bersama WAKE...


Getting to ZERO....





Pakar Kesihatan Awam cuba untuk memandu kereta replika ciptaan pelajar Kolej WIT...











Tudiaaa....








Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada pihak Kolej WIT terutamanya kepada Tan Sri Zainal Rampak, En. Hamzah, Pn. Elina dan juga kepada semua staf serta pelajar kerana memberi kebenaran dan kerjasama untuk melangsungkan program ini....... 


No comments:

Post a Comment