Tuesday, 10 July 2018

Monday, 11 June 2018

Syphilis dan zombie

Slm sejahtera. Salam Ramadhan. 

Syphilis dan zombie

Tahukah anda penyakit Syphilis boleh menyebabkan penderitanya kelihatan seperti zombie seperti yang kita lihat di dalam filem.

Komplikasi ini dapat dielakkan jika pesakit mendapatkan rawatan awal kerana terdapat ubat yang efektif untuk menyembuhkan Syphilis.


Apa itu Syphilis ?

·         Syphilis adalah penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria Treponema Pallidum .
·         Menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika tidak dirawat.
·         Ada 3 peringkat : Pertama , Kedua dan Ketiga.

Bagaimana Syphilis berjangkit ?

·         Hubungan seks dengan pesakit Syphilis samadaa melalui faraj, dubur, atau oral (sentuhan lansung dengan luka/ulcer Syphilis). Anda boleh mencari luka/ulcer  pada atau di sekitar zakar, vagina, atau dubur, atau di rektum, di bibir, atau di dalam mulut.
·         Melalui ibu yang dijangkiti Syphilis kepada bayi yang belum lahir

Syphilis peringkat pertama

¡  Tanda muncul 10 – 90 hari setelah hubungan seks dgn pembawa
¡  Tanda : Ulcer pada kemaluan, bibir dan lidah (melalui seks oral).
¡  Pesakit jarang berjumpa doktor pd peringkat ini kerana ulcer ini tidak sakit.

Ulcer pada lidah kerana oral seks
Ulcer pada kemaluan tidak sakit. Pesakit jarang berjumpa doktor pada waktu ini.


Syphilis peringkat kedua

¡  Kelihatan 2 hingga 6 bulan setelah dijangkiti
¡   Ruam seluruh badan termasuk tapak tangan dan tapak kaki tetapi tidak gatal.
¡  Gugur rambut
¡  Bengkak kelenjar limfa

Ruam Syphilis ini selalu dianggap sebagai alahan. Hati -hati!


Syphilis peringkat ketiga

¡  Kelihatan 3 – 25 tahun setelah dijangkiti
¡  Letih
¡  Lumpuh
¡  Buta
¡  Rosak otak & jantung
¡  Pembentukan tulang tidak normal

Add caption


Wanita mengandung yang menghidap syphilis boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan atau bayi cacat seperti :

¡  Pertumbuhan gigi tidak normal
¡  Cacat pertumbuhan tulang
¡  Kurang pendengaran/pekak
¡  Rosak mata/buta

Snuffles atau Syphilitic rhinitis. Mucus/lendir yang banyak keluar dari daripada hidung bayi.

Peeling of skin. Kulit yang mengelupas.

Hutchinson teeth pada bayi Syphilis
Pembentukan tulang yang tidak normal



Ø  Tanda dan gejala syphilis peringkat pertama dan kedua boleh hilang tanpa rawatan tetapi kuman masih ada di dalam tubuh
Ø  Jika tidak dirawat ia akan menyebabkan seseorang itu mendapat syphilis peringkat ketiga

     Awas ! Pesakit Syphilis 8-10 kali lebih berisiko dijangkita HIV kerana HIV mudah masuk melalui ulcer. Lebih dalam ulcer, lebih tinggi risiko.



Mencegah lebih baik dari mengubati. Sayangi diri anda dan pasangan...

Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Dr Zul Aizat Bin Mohamad Fisal
PKD Klang

Monday, 4 June 2018

MALAYSIAN GUIDELINES IN THE TREATMENT OF SEXUALLY TRANSMITTED INFECTIONS 2015

Terima kasih tak terhingga kepada Dr Salbiah Bt Mohamed Isa, Pakar Perubatan Keluarga KK Bandar Botanik Klang diatas sumbangan slaid yang sangat menarik.

Friday, 1 June 2018

Kenapa saya perlu Ujian Saringan HIV Premarital / sebelum berkahwin ?


APA itu Saringan HIV Pra Perkahwinan?

Ujian bagi mengesan antibodi terhadap HIV
Dilaksanakan kepada semua individu yang akan berkahwin
Mudah dan tidak sakit
Keputusan ujian yang cepat
Semua keputusan ujian DIRAHSIAKAN
Tempoh sah laku keputusan adalah 6 bulan dari tarikh ujian dilakukan

IA PERCUMA !

APAKAH kepentingan saringan HIV?
qMengetahui status HIV dan untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya
qMencegah penularan jangkitan HIV kepada pasangan dan bakal anak yang akan dilahirkan

DI MANA saya boleh menjalani
Ujian Saringan HIV?

Klinik-klinik Kesihatan Kerajaan yang berhampiran

APAKAH Prosedur Saringan Ujian HIV?



Anda berisiko, JIKA…

þMelakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan
þMelakukan hubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti HIV
þMengamalkan seks sejenis (homoseksual)
þMengambil dadah secara suntikan dengan berkongsi jarum


TERIMA KASIH


Dr Zul Aizat Bin Mohamad Fisal

PKD Klang

Monday, 19 March 2018

Doktor, kemaluan saya keluar nanah warna kuning.... Gonorrhoea boleh dirawat di Klinik Kesihatan.

Doktor, kemaluan saya keluar nanah warna kuning..
Gonorrhoea boleh dirawat di Klinik Kesihatan.
John (bukan nama sebenar) 20, datang ke Klinik Kesihatan Kapar kerana sakit kencing dan keluar cecair kuning dari kemaluan selama 3 hari dan ada melakukan seks tanpa kondom 5 hari yang lalu dengan wanita yg dikenali di laman sosial.
Doktor yang bijak telah mengambil sampel nanah dari kemaluan dan dihantar ke makmal utk ujian gram stain KK Kapar. Keputusan makmal diperolehi dalam hari yg sama. Hasilnya didapati gram negative intracellular diplococci.
John telah disahkan mendapat Gonorrhoea. Kaunseling diberi dan seterusnya rawatan yang diberi ialah suntikan intramuscular Ceftriaxone 500 mg dan 1g tablet Azithromycine.
Canggihnya Klinik Kesihatan zaman sekarang. Semudah itu rawatan Gonorrhoea dan John diberikan temujanji seterusnya.
Sekilas fakta ttg Gonorrhoea :
1 Gonorrhoea adalah salah satu penyakit kelamin yang berjangkit melalui seks samaada vaginal, anal dan oral.
2. Tempoh inkubasi : 2-5 hari
3. Tanda-tanda
-Cecair pekat kekuningan/nanah dari kemaluan, anal, dalam mulut (oral gonorrhoea).
-Kencing sakit
-Testis bengkak
-Sakit perut bahagian bawah terutama pada wanita kerana ‘Pelvic Inflammatory Disease’
-Demam, bintik-bintik merah pada badan, sakit sendi, jangkitan pada otak dan jantung (meningitis & endocarditis –jarang berlaku) disebabkan oleh Disseminated gonococcal infection (DGI)
UNIT AIDS/STD PKD KLANG

Facebook Page : HIV Selangor







Oral Gonorrhoea. Sampel swab tekak perlu diambil .

Nanah dalam dubur...(jika buat anal sex)

Gonocci stain jika dilihat di bawah mikroskop. (boleh dibuat di Klinik Kesihatan).


Dr Zul Aizat Bin Mohamad Fisal

PKD Klang