Syphilis dan zombie
Tahukah anda penyakit Syphilis boleh menyebabkan penderitanya kelihatan seperti zombie seperti yang kita lihat di dalam filem.
Komplikasi ini dapat dielakkan jika pesakit mendapatkan rawatan awal kerana terdapat ubat yang efektif untuk menyembuhkan Syphilis.
Apa
itu Syphilis ?
·
Syphilis adalah penyakit kelamin yang
disebabkan oleh bakteria Treponema Pallidum .
·
Menyebabkan masalah kesihatan yang serius
jika tidak dirawat.
·
Ada 3 peringkat : Pertama , Kedua dan Ketiga.
Bagaimana
Syphilis berjangkit ?
·
Hubungan seks
dengan pesakit Syphilis samadaa melalui faraj, dubur, atau oral (sentuhan
lansung dengan luka/ulcer Syphilis). Anda boleh mencari luka/ulcer pada atau di sekitar zakar, vagina, atau
dubur, atau di rektum, di bibir, atau di dalam mulut.
·
Melalui ibu yang
dijangkiti Syphilis kepada bayi yang belum lahir
Syphilis peringkat pertama
¡ Tanda muncul 10 – 90 hari setelah hubungan seks dgn pembawa
¡ Tanda : Ulcer pada kemaluan, bibir dan lidah (melalui seks oral).
¡ Pesakit jarang berjumpa doktor pd peringkat ini kerana ulcer ini tidak
sakit.
Ulcer pada lidah kerana oral seks |
Ulcer pada kemaluan tidak sakit. Pesakit jarang berjumpa doktor pada waktu ini. |
Syphilis peringkat kedua
¡ Kelihatan 2 hingga 6 bulan setelah dijangkiti
¡ Ruam seluruh badan termasuk tapak
tangan dan tapak kaki tetapi tidak gatal.
¡ Gugur rambut
¡ Bengkak kelenjar limfa
Ruam Syphilis ini selalu dianggap sebagai alahan. Hati -hati! |
Syphilis peringkat ketiga
¡ Kelihatan 3 – 25 tahun setelah dijangkiti
¡ Letih
¡ Lumpuh
¡ Buta
¡ Rosak otak & jantung
¡ Pembentukan tulang tidak normal
Add caption |
Wanita mengandung yang menghidap syphilis boleh
menyebabkan kematian bayi dalam kandungan atau bayi cacat seperti :
¡ Pertumbuhan gigi tidak normal
¡ Cacat pertumbuhan tulang
¡ Kurang pendengaran/pekak
¡ Rosak mata/buta
Snuffles atau Syphilitic rhinitis. Mucus/lendir yang banyak keluar dari daripada hidung bayi. |
Peeling of skin. Kulit yang mengelupas. |
Hutchinson teeth pada bayi Syphilis |
Pembentukan tulang yang tidak normal |
Ø Tanda dan gejala syphilis peringkat pertama dan kedua
boleh hilang tanpa rawatan tetapi kuman masih ada di dalam tubuh
Ø Jika tidak dirawat ia akan menyebabkan seseorang itu
mendapat syphilis peringkat ketiga
Awas ! Pesakit Syphilis 8-10 kali lebih berisiko dijangkita HIV kerana HIV mudah masuk melalui ulcer. Lebih dalam ulcer, lebih tinggi risiko.
Mencegah lebih baik dari mengubati. Sayangi diri anda dan pasangan...
Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.
Dr Zul Aizat Bin Mohamad Fisal
PKD Klang
No comments:
Post a Comment