Thursday, 11 February 2016

Ujian HIV...

Welcome back...


Dalam post lepas, kita dah tahu kan macam mana nak buat penilaian diri untuk ketahui sama ada diri kita berisiko ke tidak untuk mendapat HIV....

Dalam post ni, saya akan cerita mengenai langkah seterusnya pulak..So sit back for more info..


PROGRAM UJIAN SARINGAN HIV SECARA SUKARELA DAN TANPA NAMA

AVT = Anonymous Voluntary Testing
VCT = Voluntary Counselling & Testing
 

Melalui perkhidmatan saringan HIV sukarela dan tanpa nama ini, individu boleh mengetahui status HIV negatif dalam masa 15 minit iaitu menggunakan kaedah ujian ‘rapid test’. Individu tidak perlu mendedahkan maklumat peribadi termasuk nama dan alamat semasa melakukan ujian ini. Hanya maklumat tentang umur, bangsa, jantina dan tingkahlaku risiko diambil dari individu yang menjalani ujian tanpa nama ini.

Perkhidmatan ini disediakan di semua Klinik Kesihatan Kerajaan setiap hari dalam waktu pejabat. Bagi individu yang disahkan dijangkiti HIV, segala maklumat peribadi pesakit akan dikendalikan secara 'sulit' oleh pegawai-pegawai tertentu sahaja. Mereka akan diberi penjagaan selanjutnya melalui pakej perkhidmatan yang akan meliputi kaunseling, pemeriksaan susulan dan rawatan yang akan disediakan di Klinik Kesihatan dan juga hospital.

RAPID TEST


Kaedah Ujian saringan HIV akan dijalankan menggunakan kaedah ujian segera (Rapid test). Sekiranya di dapati ‘reaktif’, contoh darah individu itu akan diambil dan dihantar ke Pusat Saringan HIV (makmal hospital). 




Langkah 1: Rapid test akan dilakukan oleh mana-mana anggota kesihatan yang dikhaskan sahaja. Segala maklumat dan keputusan akan dirahsiakan.




Langkah 2
Langkah 3
 
Langkah 4 : Satu garis menandakan NEGATIF, bila dua garis muncul....*POSITIVE
*Lakukan ujian pengesahan dengan segera.







Tuesday, 22 December 2015

Adakah anda menghidap HIV/AIDS ???


Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti sama ada anda mempunyai HIV adalah dengan melakukan ujian saringan. CDC menyarankan bahawa semua orang yang berumur di antara 18  keatas mendapatkan ujian untuk HIV sekurang-kurangnya sekali sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan rutin. Lebih kurang 1 dalam 8 orang di Amerika Syarikat yang mempunyai HIV tidak tahu bahawa mereka positif.


Orang yang mempunyai faktor-faktor risiko tertentu perlu menjalani ujian lebih kerap. Sekiranya ujian HIV-negatif kali terakhir anda telah diuji dan menjawab YA kepada mana-mana soalan-soalan berikut, anda perlu mendapatkan ujian HIV kerana perkara-perkara ini meningkatkan risiko anda untuk mendapat HIV:





BORANG PENILAIAN KENDIRI (UNIT AIDS/STD JKNS)

Cuba nilai diri anda sendiri.....



Anda perlu diuji sekurang-kurangnya sekali setahun jika anda terus melakukan aktiviti-aktiviti berisiko. Jika anda aktif secara seksual, gay dan biseksual maka perlulah menjalani ujian dengan lebih kerap (contohnya, setiap 3 hingga 6 bulan).

Jika anda sedang hamil, bincang dengan doktor anda tentang ujian HIV dan cara-cara lain untuk melindungi anda dan anak anda daripada mendapat HIV.

Selain itu, sesiapa sahaja yang telah diserang secara seksual perlu mendapatkan ujian HIV dengan seberapa segera yang mungkin selepas serangan dan harus mempertimbangkan profilaksis selepas pendedahan Pre-Exposure Prophylaxis (PEP), mengambil ubat-ubatan antiretroviral selepas berpotensi terdedah kepada HIV untuk mengelakkan dijangkiti.






Topik seterusnya kita bincang bagaimana untuk buat UJIAN HIV ye....till then...









Thursday, 17 December 2015

Apa itu HIV.....???



Hai semua..
Haahh...disini saya ingin kongi sedikit pengetahuan mengenai penyakit  HIV



























Yang ni semua adalah penyakit-penyakit yang mungkin anda boleh dapat sekiranya anda menghidap...
































Nak tahu dengan lebih lanjut...tinggalkan soalan anda dibawah ye...