PENGURUSAN JENAZAH KEMATIAN PENYAKIT BERJANGKIT/ HIV/AIDS
Hai everyone... entry kali ini sangat-sangat penting..... So FOKUS..
Entry kali ini adalah berkenaan pengurusan jenazah yang meninggal akibat penyakit berjangkit termasuklah HIV/AIDS. Pengurusanya memang lain sedikit daripada pengurusan jenazah biasa, so jangan pelik ye..
Tujuan saya share perkara ini adalah sebab ada beberapa soalan yang diajukan kepada saya oleh ramai pihak...even pesakit yang saya jumpa sendiri. Antaranya:
- Betulkan nanti kalau meninggal kena mandi dengan clorox?
- Perlukah? Rasa macam menyeksa jenazah je..
- Apa tujuannya?
- Macam mana cara-cara nak mandikan jenazah?
( Sumber dari Kursus Pengurusan Jenazah HIV/AIDS- saya sebagai salah seorang peserta)
- Mengapa jenazah penyakit berjangkit dimandikan dengan cara lain?
Seksyen
10 ( 1 ) – Adalah
menjadi
kesalahan ke atas
setiap
penghuni
dewasa
mana-mana
rumah
di mana
terdapat
penyakit
berjangkit,
atau
orang yang menjaga,
atau
yang ada
bersama
dan
mereka
yang bukan
pengamal
perubatan
menyelenggarakan
sesiapa
yang menginap,
atau
yang mati
akibat
penyakit
berjangkit
tanpa melaporkan kepada
Pegawai
Kesihatan
di kemudahan
kesihatan
atau
Balai
Polis atau
Ketua
Kampong yang terdekat
dengan segera.
So, ini bukan rekaan semata-mata ye..
- Tujuan??
- Mengelakkan pengendali jenazah dari dijangkiti Virus HIV
- Dan lain-lain micro organisma patogenik seperti virus Hepatitis, sifilis dan lain-lain
- Prosedur
*Jika berlakunya kejadian kematian pesakit HIV/AIDS di hospital, pihak keluarga akan
dimaklumkan
dengan segera. selain itu, pihak kesihatan juga akan dimaklumkan bagi tujuan siasatan
dan juga pengurusan jenazah.
- Kematian di rumah pesakit
*Jika berlakunya kematian pesakit HIV/AIDS di rumah pesakit, pihak keluarga ataupun
kenalan pesakit seharusnya menghubungi pihak pejabat kesihatan bagi memaklumkan
kejadian.
Bagi tujuan siasatan dan juga pengurusan jenazah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dari pejabat kesihatan terdekat akan berada di lokasi.
PENGENDALI JENAZAH HIV/AIDS
- Bilangan yang kecil - tidak melebihi 4 orang
- Terlatih
- Tidak mengalami sebarang luka atau kudis terutamanya di bahagian kaki dan tangan
- Persediaan tempat mandian
*Jika tiada, gunakan lapisan plastik sebagai alas
- Persediaan tempat pembuangan air mandian - salurkan kedalam lubang atau longkang
- Peluntur (Sodium Hypochlorite)
- Sarung tangan getah/latex (2 lapis) jenis pakai buangjenis pakai buang
- Takungan mandi @ Plastik tebal
- Besen merendam kapas
- Alatan sebagai pemegang (forcep)
- Baldi tambahan* bancuhan peluntur*pakaian jenazah*peralatan tercemarperalatan tercemar
- Apron plastik
- 2 lapis sarung tangan (getah/latex) jenis pakai buang
- Pelindung hidung dan mulut (mask)
- Pelindung mata
- Kasut (boot) getah
- Pakaian jenazah ditanggal dan direndam dalam larutan kloroks selama 30 minit sebelum dibasuh.
- Jenazah diletakkan ke dalam bekas mandi atau lapisan plastik
- Jenazah dimandikan / dibasmi kuman dengan larutan kloroks (1: 10) keseluruhan tubuh (jirusan pertama sahaja)
- Rongga dicuci menggunakan forcep atau alat-alat yang sesuai
- Mayat kemudian dimandikan dengan air biasa / bersih (bilasan kedua dan ketiga)
- Semua rongga disumbat dengan kapas yang direndam dlm. larutan kloroks diikuti dengan kapas kering biasa (dilakukan kepada jenazah yang banyak mengeluarkan discaj)
- Pengendalidi kehendaki memakai sarung tangan terutamanya semasa mengendali jenazah yang ada lelehan atau tidak utuh
- Lapisan pertama – kain putih
- Lapisan kedua – plastik terang lembut
- Lapisan Ke 3,4,5 - Kain putih
- Penggunaan beg mayat tidak perlu dalam urusan pengangkutan/pengkebumian
- boleh dilakukan di mana-mana
- Tidak perlu beg mayat untuk dibawa ke kubur
- Tidak perlu beg mayat semasa pengangkutanpengangkutan mayat ke tempat lain
- Di kubur- tidak dimestikan pakai sarung tangan
- Tidak perlu tabur serbuk chlorine ke liang kubur
- Tujuan – basmi kuman
- Peralatan direndam dalam larutan kloroks selama 30 minit sebelum dicuci
- Lantai tempat mandian dimop dengan larutan kloroks kemudian dibilas.
- Air mandian yang bertakung tidak perlu ditabur dengan serbuk chlorine dan ditimbus.
- Peralatan yang berasaskan logam perlu direbus jika guna semula.
-
Sarung tangan terpakai perlu di rendam dalam klorox sebelum dibuang.Pengurusan mandi mayat pesakit HIV/AIDS perlu diselia oleh mereka yang telah ditauliahkan dan terlatih atau anggota kesihatan
- mereka yang ditauliah – imam, bilal, pegawai masjid, pegawai agama
Keputusan untuk membenarkan mencium jenazah terletak kepada anggota Kesihatan / mereka yang menyelia. Pada amnya kulit muka yang utuh boleh dibenarkan untuk dicium oleh ahli keluarga yang terdekat.APA YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGENDALI JENAZAH
Setelah
selesai memandikan jenazah
- basuh tangan dengan sabun selepas buka sarung tangan
- mandi bersabun selepas kendalikan jenazah
- pakaian yang tercemar dengan darah/nanah perlu direndam dengan larutan klorox selama 30 minit sebelum dicuci
Hasil daripada Kursus Pengurusan Jenazah yang dijalankan pada 2 Jun 2016 di Komplek Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam
Selamat Dikafan
Ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu sahaja
Sekian,kita jumpa lagi ye...
















































