Tuesday, 3 May 2016

SEHARI BERSAMA KOLEJ KOMUNITI KLANG.....






Hai semua...
Kita ada update untuk blog kali ini...

SEHARI BERSAMA KOLEJ KOMUNITI KLANG.....


Pada 12 April 2016 pihak Kolej Sains Kesihatan Bersekutu dengan kerjasama Unit AIDS/STD Pejabat kesihatan daerah Klang telah mengadakan Seminar Kesedaran HIV/AIDS bertempat di Kolej Komuniti Klang.
Pada Program ini para pelajar Kolej Sains Kesihatan Bersekutu yang diketuai oleh Mohd Ainuddin telah bertindak selaku Pembimbing rakan sebaya yang sepenuhnya mengendalikan sesi ini.
Pada program ini para pelajar Kolej Komuniti telah didedahkan dengan pengetahuan asas HIV/AIDS, statistik HIV, kerja kumpulan dan sesi interaktif.
Mengikut statistik di negeri  Selangor terdapat peningkatan jangkitan HIV baru melalui seksual iaitu 78 % ( 44% homoseksual dan 34 % heteroseksual). Manakala jangkitan HIV melalui perkongsian jarum hanya 6.5 %. ( Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Selangor).
                Oleh itu pihak Unit AIDS/STD PKD Klang akan terus berusaha untuk memberi pendedahan awal dan kempen kesedaran  kepada golongan muda samaada di peringkat sekolah, kolej dan universiti, institusi-institusi  kerajaan dan swasta dalam usaha mencegah  penyakit HIV di kalangan golongan muda khususnya dan masyarakat amnya.
                Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pihak Pengurusan Kolej Komuniti Klang , Wakil Pengarah Pn Zailah, En Bahrom (Penyelia Kolej KSKB), para pelajar KSKB,  pelajar-pelajar Kolej Komuniti Klang dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
                Pihak Unit AIDS/STD PKD Klang mengalu-alukan jemputan ceramah daripada mana-mana pihak yang berminat. Sila hubungi  Unit AIDS/STD PKD Klang di talian 03-33239436.


Ini la barisan pelatih Kesihatan Persekitaran yang berkaliber dari 
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh.





 Peace Yoo!! hihi


 Amboii.....









3 comments:

  1. terbaik...terima kasih tunjuk ajar dan nasihat..moga Allah membalas jasa baik dr..

    ReplyDelete