Thursday, 18 October 2018

ADA APA DENGAN KONDOM



·         DEFINISI KONDOM
·         PENGGUNAAN KONDOM
·         KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KONDOM
·         KESAN SAMPINGAN KONDOM
·         CARA PENYIMPANAN KONDOM
·         DI MANAKAH KONDOM BOLEH DIDAPATI?

Image result for CONDOM



DEFINISI KONDOM


·         Kondom adalah sejenis alat untuk mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual seperti gonoreasiflis, HIV/AIDS.
·         Terdapat 2 jenis kondom iaitu kondom lelaki dan kondom perempuan.
·         Alat ini berfungsi untuk mengelakkan sperma (air mani) daripada memasuki faraj.
·         Kondom pada mulanya dihasilkan daripada perut haiwan.
·         Pada masa sekarang,  hampir keseluruhan kondom diperbuat daripada lateks walaupun terdapat kondom yang dibuat tanpa lateks iaitu daripada polyurethane.

PENGGUNAAN KONDOM

Penggunaan kondom lelaki merangkumi langkah-langkah yang berikut:
  • Jangan kendalikan dengan kuku jari yang tajam.
  • Pakai pada zakar yang tegang dengan segera, dan pastikan sebelum sebarang sentuhan dengan faraj atau dubur; jika mungkin, sebelum sebarang sentuhan dengan badan pasangan.
  • Untuk lelaki yang tidak bersunat, kondom paling bagus jika dipasang dengan kulit hujung ditarik. Ini memaksimumkan pergerakan dan mengurangkan kemungkinan koyak ketika melakukan hubungan.
  • Tinggalkan sedikit ruang pada hujung kondom untuk menyimpan air mani: kebanyakan kondom mempunyai takungan pada hujung. Picit ketika memakai untuk mengelakkan buih udara yang boleh koyak kemudian nanti.
  • Pelincir seksual berasaskan air boleh digunakan bersama kondom, tetapi pelincir berasaskan minyak tidak sepatutnya digunakan kerana ia melemahkan lateks dan menyebabkan ia koyak atau berlubang. Jika faraj pasangan wanita kering, pelincir perlu digunakan untuk mengurangkan geseran pada kondom seterusnya mengelakkan kondom daripada terkoyak.
  • Untuk seks dubur (anal seks), terdapat kondom yang lebih tebal dan tahan yang direka khas untuknya.
  • Jangan sekali-kali menggunakan kondom selepas tarikh luput — ia mungkin kelihatan elok tetapi koyak kemudian. Walaupun sebelum tarikh luput, jangan bawa kondom dimana ia terdedah pada haba badan untuk tempoh masa yang lama — seperti dalam dompet (yang disimpan dalam poket) atau dalam poket secara langsung. Jangan simpan kondom dalam laci kereta kerana kepanasan akan melemahkan lateks.
  • Zakar perlu dikeluarkan sebaik sahaja memancut; walaupun ia masih dalam keadaan tegang.
  • Apabila mengeluarkan zakar, pegangkan kondom pada pangkalnya agar tidak terlucut.
  • Basuh tangan dan zakar sebelum sebarang sentuhan dengan pasangan.
  • Kondom hanya untuk kegunaan satu kali sahaja. Sekiranya, ingin melakukan hubungan seks sekali lagi perlulah menggunakan kondom yang baru.

Cara-cara penggunaan kondom ditunjukkan seperti dalam gambar rajah di bawah:

Image result for HOW TO USE CONDOM

* HUJUNG KONDOM DIPICIT UNTUK MENGELUARKAN UDARA SUPAYA TIDAK TERJADI GELEMBUNG YANG BOLEH PECAH.


KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KONDOM
·         Menggunakan kondom terlalu lambat iaitu sewaktu persetubuhan
·         Menggunakan kondom terlalu awal sebelum ereksi/ketegangan zakar
·         Menggunakan kondom yang luput tarikh penggunaannya
·         Menggunakan kondom yang bocor/koyak

KESAN SAMPINGAN KONDOM
·         Tiada kecuali mempunyai allergi terhadap lateks yang menyebabkan ruam di bahagian zakar.
·         Sebagai alternatif, boleh menggunakan kondom yang bukan diperbuat daripada lateks.

CARA PENYIMPANAN KONDOM
Kondom perlulah di simpan di tempat yang kering dan sejuk.

DI MANAKAH KONDOM BOLEH DIDAPATI?
·         Klinik-klinik kerajaan
·         Klinik perancang keluarga
·         Farmasi
·         Supermarket
    
DR NOORUL AIN
PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA SELANGOR


1 comment:

  1. How can I explain this to the world that there is a man who can cure HERPES, I was diagnosed for the past 1 year I have being into HERPES since 1 year, so I decide to look for help in the internet then I found a post write about this great man called DR. Yakubu , people say good thing about him that this man have cured, a lot of people in the internet, him has power's to cure HSV1 AND HSV2 I don’t believe that there is a cure for Herpes Simplex Virus because though there is no cure for herpes that what I have in mind HERPES had no cure well , my HERPES is negative through the using of herbal cured of DR yakubu , I contacted this man for help because of what i see in the internet. if you need his cured just email him now on dr.yakubuherbalhealingclinic@gmail.com , thank you DR. i will never stop shearing you testimony DR. Yakubu . him Can as well CURE THE FOLLOWING DISEASE:-1, HIV/AIDS, 2, Diseases of the hear 3, Malignant tumors 4. Cardiovascular diseases 5. Diabetes mellifluous 6.Influenza and pneumonia 7.Alzheimer's disease 8. hsv1 - hsv2. If you need LOVE SPELL. E.T.C contact him dr.yakubuherbalhealingclinic@gmail.com or you whatsapp him on +2348057353647...
    Dr.yakubu 하나님은 내 삶을 회복시켜 주신 것에 대한 축복을 계속할 것입니다. 나는 사람들에게 증거를 계속 나눌 것입니다.

    ReplyDelete