Thursday, 23 March 2017

~HARI AIDS SEDUNIA 2016~

SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2016 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
KERJASAMA UNIT AIDS/STD JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
PEJABAT KESIHATAN DAERAH PETALING
&
MSU COLLEGE SHAH ALAM

AKHIRI AIDS :
KUKUHKAN PENCEGAHAN HIV
(HANDS UP FOR HIV PREVENTION)



Hari AIDS Sedunia diadakan pada 1 Disember setiap tahun sebagai peringatan untuk bersatu dalam memerangi HIV, menunjukkan sokongan kepada orang yang hidup dengan HIV dan untuk memperingati orang yang telah meninggal dunia. Hari AIDS Sedunia adalah hari kesihatan  global yang pertama di dunia, diadakan pada tahun 1988.

Pada 15 Disember 2016,  Hari AIDS Sedunia telah disambut di MSU College Shah Alam dengan sangat meriah. Program ini adalah hasil kerjasama antara Medical and Health Science Cluster MSU College Shah Alam, Unit AIDS/STD Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Majlis telah dirasmikan oleh Dr Ling He Mey, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam ) 

Sejarah telah tercipta pada sambutan kali ini dimana MSU telah mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Record :

"LARGEST PARTICIPATION IN A DIGITAL PRINTED POSTER COMPETITION"

Pertandingan poster HIV ini mendapat sebanyak 1112 penyertaan oleh pelajar -pelajar MSU. Tahniah  MSU !

Aktiviti lain yang dilaksanakan adalah Forum HIV, persembahan nynyian, tarian, flashmob oleh pelajar, penyampaian hadiah pertandingan poster, video HIV, Klinik Methadone terbaik di Selangor, booth pameran oleh NGO Majlis AIDS Malaysia, Kuala Lumpur AIDS Support Service Society (KLASS)  Insaf Murni, Wanita dan Kesihatan (WAKE), pelajar MSU.

Berikut adalah petikan teks ucapan oleh Dr Ling He Mey, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam)  


Terima kasih Saudara / Saudari Pengacara Majlis,

·                YBhg. Professor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid,
President  Management & Science University

·                Ybhg. Professor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abdul Hamid, Vice Cancellor
dan CEO Management & Science University
        
·                Ybhg. Prof Madya Dr Sairah Abdul Karim, Dekan Fakulti Kesihatan & Sains
Hayat, Management & Science University

·                Yg. Berusaha Dr Paid bin Yusoff, Pegawai  Kesihatan Daerah Petaling merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari AIDS peringkat negeri Selangor Tahun 2016

·                YBhg. Timbalan-timbalan  Pengarah Kesihatan Negeri

·                YBhg Pegawai-pegawai Kesihatan Daerah dan Ketua-ketua Jabatan

·                YBhg Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Tuan-tuan dan puan-puan,  para hadirin yang dihormati sekalian.

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam satu Malaysia

1.            Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur yang telah sudi menjemput saya pada hari ini bagi merasmikan Majlis Sambutan Hari AIDS Sedunia 2016 Peringkat Negeri Selangor.

2.            Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran YBhg. Tan Sri/Puan Sri/ Datuk/Dato’/Tuan-tuan dan Puan-Puan bagi memeriahkan majlis sambutan pada tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sesungguhnya memberi makna yang besar kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor  dalam menyokong usaha jabatan ini bagi  mencegah dan mengawal jangkitan HIV/ AIDS di Selangor.


YBhg Tan Sri/Puan Sri/ Datuk/Dato’/Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang dihormati sekalian

3.            Sejak tahun 1988, pada tarikh 1 Disember setiap tahun, sambutan Hari AIDS Sedunia akan disambut di seluruh negara di dunia dengan tujuan  bagi memperingati pesakit AIDS yang terkorban dan memperbaharui tekad untuk mengakhiri epidemik AIDS di dunia.

4.            Tema bagi sambutan Hari AIDS Sedunia pada tahun ini adalah Ending AIDS, Hands Up For HIV Preventionsebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Tujuan tema adalah untuk mengajak kita semua memberikan komitmen dalam aspek pencegahan jangkitan HIV terutama terhadap pelbagai kategori masyarakat yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV khususnya golongan transgender, pengguna dadah, golongan men who have sex with men (MSM), pekerja seks serta  vulnerable group seperti golongan remaja, belia, wanita dan kanak-kanak.

5.            AIDS ialah sindrom kurang daya tahan penyakit yang disebabkan oleh virus HIV. Jangkitan ini boleh disebarkan melalui pelbagai cara yang melibatkan pemindahan cecair badan seperti darah, air mani, cecair faraj dan susu ibu. Jangkitan HIV  boleh disebarkan melalui hubungan seks dengan individu yang dijangkiti, berkongsi jarum suntikan, pemindahan darah dan organ yang tercemar dan dari ibu HIV kepada bayi. Mereka yang dijangkiti HIV boleh kelihatan sihat tetapi apabila tahap antibodi tubuh telah lumpuh, gejala-gejala sindrom AIDS akan kelihatan seperti penurunan berat badan yang ketara, kanser, jangkitan TB dll. Setakat ini tiada ubat/vaksin penyembuh yang ditemui. Walaubagaimanapun rawatan Anti-retroviral boleh meningkatkan kualiti hidup dan hayat pesakit.

6.            Selama lebih tiga dekad kita telah berhadapan dengan jangkitan HIV/AIDS dan sepanjang tempoh tersebut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan dengan AIDS (UNAIDS) dan masyarakat antarabangsa  telah berjuang tanpa mengenal penat lelah untuk membendung epidemik tersebut. UNAIDS telah memperkenalkan sasaran Ending AIDS epidemic menjelang tahun 2030 yang diselaras dengan matlamat Sustainable Development Goal (SDG). Bagi merealisasikan pencapaian sasaran Ending AIDS ini, UNAIDS telah menetapkan sasaran rawatan 90-90-90 dicapai menjelang tahun 2020.

7.            Sasaran ini telah digunapakai oleh pihak  Kementerian Kesihatan Malaysia dalam National Strategic Plan on Ending AIDS (NSPEA 2016 – 2030.  Bagi tujuan tersebut, kita perlu memastikan sasaran 90-90-90 menjelang 2020 dapat dicapai, di mana 90% daripada pengidap HIV dapat dikesan, 90% kes yang dikesan mendapat rawatan dan seterusnya 90% daripada pesakit yang menerima rawatan mengalami penurunan paras virus (Viral load) di dalam badan.

YBhg Tan Sri/Puan Sri/ Datuk/Dato’/Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang dihormati sekalian

8.            Sejak HIV berada di Malaysia pada tahun 1986, sehingga tahun 2016, seramai 110,000 kes telah dilaporkan, 22,000 mengidap AIDS dan 18,000 telah meninggal dunia akibat HIV/AIDS.  Jangkitan baru HIV/AIDS telah mencatatkan penurunan sebanyak 50% berbanding tahun 2002, namun tren penurunan ini kekal mendatar sejak 2010. Kematian akibat AIDS juga mencatatkan penurunan sebanyak 28% sejak tahun 2002. Walau bagaimanapun, epidemik HIV/AIDS masih dilihat sebagai cabaran utama di sesetengah negeri di Malaysia, di kalangan key population di mana akses aktiviti pencegahan HIV/AIDS dan intervensi perubahan tingkahlaku seperti pengurangan mudarat masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

9.            Di Selangor,  sepanjang tempoh Januari hingga September 2016, sebanyak 725 kes baru jangkitan HIV dilaporkan dengan kadar notifikasi kes 12.2 per 100,000 penduduk.  Kes jangkitan HIV tertinggi (90%) adalah di kalangan golongan remaja dan belia yang berumur 20-39 tahun.  Kadar jangkitan HIV melalui seksual telah meningkat secara ketara dari 27% pada tahun 2005 kepada 72% pada tahun 2015,  di mana jangkitan HIV disebabkan risiko homoseksual meningkat dari 9% ( thn 2005)  kepada 38% (tahun 2015)manakala risiko jangkitan disebabkan heteroseksual meningkat dari 17% kepada 34%.

10.         Peningkatan ini telah menimbulkan kebimbangan dan pihak jabatan kesihatan negeri Selangor telah memutuskan aktiviti pencegahan dan pendidikan perlu  difokuskan  terhadap kumpulan berisiko tinggi  seperti golongan MSM, transgender, penagih dadah, pekerja seks dan golongan remaja dan belia bagi menurunkan kadar prevalens jangkitan HIV di Selangor.

11.         Aktiviti pendidikan berkaitan jangkitan HIV dan STI kepada golongan remaja dan belia telah dilaksanakan kepada pelajar sekolah di seluruh negeri Selangor dan pelajar IPTA/S yang terpilih. Aktiviti tersebut dijalankan oleh pasukan HIV dari Pejabat Kesihatan Daerah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran daerah  dan IPT yang terpilih. Aktiviti pendidikan yang lebih spesifik turut diberikan  kepada pelajar sekolah yang terjebak dengan tingkahlaku yang berisiko seperti penggunaan dadah, amalan tingkahlaku seks bebas, seks luar nikah, seks sesama jenis dan lain-lain lagi dengan kerjasama guru kaunseling dan pejabat AADK daerah.

12.         Untuk mendekati masyarakat yang berisiko ini aktiviti outreach telah dijalankan oleh pihak NGO di bawah Majlis AIDS Malaysia seperti Persatuan Insaf Murni di Kajang dan Puchong menjalankan aktiviti needle syringe exchange program kepada  golongan penagih dadah suntikan, Persatuan KLASS di Petaling dan Shah Alam, mendekati  golongan-golongan Men Sex Men, Persatuan WAKE di Petaling, Kajang dan Klang mendekati golong Mak Nyah dan pekerja seks. Disamping memberikan pengetahuan berkenaan pencegahan jangkitan HIV, promosi penggunaan kondom, pemberian jarum yang bersih, golongan yang berisiko juga dirujuk ke Klinik Kesihatan atau hospital untuk  menjalani ujian saringan HIV/STI,  kaunseling, rawatan ARV atau rawatan Methadone.

13.         Projek Case Management Program turut dipelopori oleh NGO seperti KLASS (KL Aids Support Services) dan Insaf Murni  dengan bantuan teknikal oleh pihak Majlis AIDS Malaysia. Projek Case Management Program bertujuan untuk memberikan sokongan dan bantuan berterusan kepada klien yang menjalani ujian saringan penyakit berjangkit dan rawatan di  Klinik Kesihatan. Diantara fasiliti kesihatan di mana program ini dijalankan di Petaling adalah di klinik  Kesihatan Taman Medan, Kelana Jaya, Klinik Seksyen 7 Shah Alam.   Projek ini juga terdapat di daerah Klang, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Hulu selangor dan Sabak bernam. Treatment Adherence Program bertujuan untuk memberikan sokongan dan bantuan berterusan kepada klien yang mendapat rawatan di hospital bagi mencapai treatment adherence dan viral load supression.Program ini dilaksanakan oleh KLASS  di HTAR Klang, Hospital Sg Buloh dan Hospital Kajang.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

14.         Saya ingin mengingatkan golongan remaja dan belia di Selangor,  khususnya  pelajar-pelajar MSU sekelian agar menjauhi aktiviti-aktiviti yang boleh mengakibatkan diri dijangkiti virus HIV. Bagi yang belum dijangkiti, sentiasa berusaha untuk memelihara kesihatan diri, amalkan cara hidup yang sihat dan tingkahlaku yang selamat, elakkan pengambilan dadah, hubungan seks di luar nikah, hubungan seks sesama jenis (homoseksual), seks berbilang pasangan dan sebagainya. Sekiranya telah terlibat dengan aktiviti tersebut, lakukan ujian saringan HIV dan STI di Klinik-klinik kesihatan terdekat. Kerahsiaan individu yang HIV positif sentiasa akan dipastikan oleh anggota-anggota kesihatan yang menguruskan dan merawat kes.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

15.         Bukan satu tugas yang mudah untuk mengakhiri epidemik AIDS. Tetapi saya percaya, dengan komitmen dan kerjasama pelbagai pihak, impian boleh menjadi kenyataan. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa sambutan yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua warga kerja Pejabat Kesihatan Petaling dan Management & Science University dan semua agensi lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan kali ini.

16.         Harapan saya agar majlis ini menjadi kesinambungan kepada majlis-majlis sebelumnya dan yang akan datang dalam mencapai matlamat negara bebas daripada epidemik HIV/AIDS.

17.         End AIDS,  Hands Up For HIV Prevention. Dengan kata-kata tersebut, saya dengan ini merasmikan Sambutan Hari AIDS Sedunia  2016 Peringkat Negeri Selangor.

Sekian terima kasih, 

Terima Kasih diucapkan kepada pihak JKNS, MSU, PKD Petaling, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam , Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat , pihak NGO dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan sambutan ini. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang. 

Jom layan yang ini...




 

Pemenang Pertandingan Video, PKD Kuala Selangor. Good job.









                                     


Forum HIV.
Dr Vicky Iyadurai, Pakar Perubatan Keluarga, KK Taman Medan
Dr Shireen Pegawai Perubatan KK Seksyen 19
En Abdullah, Wakil KLASS

Tempat Kedua Klinik Methadone terbaik KK Pandamaran Klang


Tempat Ketiga Klinik Methadone terbaik KK Taman Medan
(Tempat Pertama KK AU2, Gombak)



Perasmian oleh Dr Ling He Mey dan Y. Bhg. Professor  
          Tan Sri Dato Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

                                                                     Booth Pameran
















Dr Masitah Mohamed, Ketua Unit AIDS/STD JKNS

Orang Kuat. Dr Lalithamalar Maniam yang sangat cun . Unit AIDS/STD PKD Petaling
Dr Siti Nurharnani Zaik, Unit AIDS/STD JKNS


En Yusof Mohd Zin. PPKP Kanan Unit AIDS/STD JKNS


1 comment:

  1. I was been suffering hardship from HIV/AIDS since 9yrs now, and i happen to have 2 kids for my husband, and now we cannot proceed to have another kids all because of my disease and now i have do all what a human like i and my husband can do just to get my disease healed, i have went to several places to seek for help not even one person could ever help, until i melt a comment on the daily news paper that was commented by Miss Maria about how this powerful traditional doctor help her get cured of the disease (HIV-AIDS) " my fellow beloved" i firstly taught having a help from a spiritual traditional healer was a wrong idea, but i think of these, will i continue to stress on these disease all day when i have someone to help me save my life?" so i gather all my faiths and put in all interest to contact him through his Whatsapp number +2348057353647, so after i have contact him of helping get my disease cured, he respond to me fast as possible that i should not be afraid, that he is a truthful and powerful doctor which i firstly claimed him to be. So after all set has been done, he promise me that i will be healed but on a condition that i provide him some items and obeyed all his oracle said. I did all by accepting his oracolous fact and only to see that the following week Dr.yakubu write me on my email box that my work is successfully done with his powers, i was first shocked and I was been suffering h to be the happiest woman on earth after i have concluded my final test on the hospital by my doctor that i am now HIV- Negative. My papers for check are with me and now i am happy and glad for his miraculous help and power.
    With these i must to everyone who might seek for any help, either for HIV cure or much more to contact him now at these email dr.yakubuherbalhealingclinic@gmail.com or his Whatsapp number +2348057353647

    ReplyDelete