Friday, 24 March 2017
MALAYSIAN GUIDELINES OF SEXUALLY TRANSMITTED INFECTION (STI) 2015
Terima kasih diucapkan kepada Pakar Perunding Perubatan Keluarga Dr Nazrilla Hairizan Nasir atas sumbangan ceramah, bimbingan, tunjuk ajar selama ini. Selamat maju jaya kami ucapkan -Unit AIDS/STD PKD Klang
Thursday, 23 March 2017
~HARI AIDS SEDUNIA 2016~
SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2016 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
KERJASAMA UNIT AIDS/STD JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
PEJABAT KESIHATAN DAERAH PETALING
&
MSU COLLEGE SHAH ALAM
AKHIRI AIDS :
KUKUHKAN PENCEGAHAN HIV
(HANDS UP FOR HIV PREVENTION)
Hari AIDS Sedunia diadakan pada 1 Disember setiap tahun sebagai peringatan untuk bersatu dalam memerangi HIV, menunjukkan sokongan kepada orang yang hidup dengan HIV dan untuk memperingati orang yang telah meninggal dunia. Hari AIDS Sedunia adalah hari kesihatan global yang pertama di dunia, diadakan pada tahun 1988.
Pada 15 Disember 2016, Hari AIDS Sedunia telah disambut di MSU College Shah Alam dengan sangat meriah. Program ini adalah hasil kerjasama antara Medical and Health Science Cluster MSU College Shah Alam, Unit AIDS/STD Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Majlis telah dirasmikan oleh Dr Ling He Mey, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam )
Sejarah telah tercipta pada sambutan kali ini dimana MSU telah mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Record :
"LARGEST PARTICIPATION IN A DIGITAL PRINTED POSTER COMPETITION"
Pertandingan poster HIV ini mendapat sebanyak 1112 penyertaan oleh pelajar -pelajar MSU. Tahniah MSU !
Aktiviti lain yang dilaksanakan adalah Forum HIV, persembahan nynyian, tarian, flashmob oleh pelajar, penyampaian hadiah pertandingan poster, video HIV, Klinik Methadone terbaik di Selangor, booth pameran oleh NGO Majlis AIDS Malaysia, Kuala Lumpur AIDS Support Service Society (KLASS) Insaf Murni, Wanita dan Kesihatan (WAKE), pelajar MSU.
Berikut adalah petikan teks ucapan oleh Dr Ling He Mey, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam)
Terima kasih Saudara / Saudari Pengacara Majlis,
·
YBhg. Professor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid,
President Management & Science
University
·
Ybhg. Professor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abdul Hamid, Vice Cancellor
dan CEO Management & Science University
·
Ybhg. Prof Madya Dr
Sairah Abdul Karim, Dekan Fakulti Kesihatan & Sains
Hayat, Management & Science University
·
Yg. Berusaha Dr Paid bin
Yusoff, Pegawai Kesihatan Daerah
Petaling merangkap
Pengerusi Jawatankuasa
Sambutan Hari AIDS peringkat negeri Selangor Tahun 2016
·
YBhg.
Timbalan-timbalan Pengarah Kesihatan
Negeri
·
YBhg Pegawai-pegawai
Kesihatan Daerah dan Ketua-ketua Jabatan
·
YBhg Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Tuan-tuan
dan puan-puan, para hadirin yang
dihormati sekalian.
Selamat pagi, salam sejahtera dan salam satu Malaysia
1.
Dikesempatan
ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih
kepada Jawatankuasa Penganjur yang telah sudi menjemput saya pada hari ini bagi
merasmikan Majlis Sambutan Hari AIDS Sedunia 2016 Peringkat Negeri Selangor.
2.
Saya
juga ingin mengalu-alukan kehadiran YBhg. Tan Sri/Puan Sri/ Datuk/Dato’/Tuan-tuan
dan Puan-Puan bagi memeriahkan majlis sambutan pada tahun ini. Kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan sesungguhnya memberi makna yang besar kepada Jabatan Kesihatan
Negeri Selangor dalam menyokong usaha
jabatan ini bagi mencegah dan mengawal jangkitan
HIV/ AIDS di Selangor.
YBhg Tan Sri/Puan Sri/ Datuk/Dato’/Tuan-tuan dan
puan-puan para hadirin yang dihormati sekalian
3.
Sejak
tahun 1988, pada tarikh 1 Disember setiap tahun, sambutan Hari AIDS Sedunia akan
disambut di seluruh negara di dunia dengan tujuan bagi memperingati pesakit AIDS yang terkorban dan
memperbaharui tekad untuk mengakhiri epidemik AIDS di dunia.
4.
Tema
bagi sambutan Hari AIDS Sedunia pada tahun ini adalah “Ending AIDS, Hands Up For HIV Prevention” sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia. Tujuan tema adalah untuk mengajak kita semua
memberikan komitmen dalam aspek pencegahan jangkitan HIV terutama terhadap
pelbagai kategori masyarakat yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV
khususnya golongan transgender,
pengguna dadah, golongan men who have sex with men (MSM), pekerja seks
serta vulnerable group seperti golongan remaja, belia, wanita dan
kanak-kanak.
5.
AIDS
ialah sindrom kurang daya tahan penyakit yang disebabkan oleh virus HIV.
Jangkitan ini boleh disebarkan melalui pelbagai cara yang melibatkan pemindahan
cecair badan seperti darah, air mani, cecair faraj dan susu ibu. Jangkitan
HIV boleh disebarkan melalui hubungan
seks dengan individu yang dijangkiti, berkongsi jarum suntikan, pemindahan
darah dan organ yang tercemar dan dari ibu HIV kepada bayi. Mereka yang
dijangkiti HIV boleh kelihatan sihat tetapi apabila tahap antibodi tubuh telah
lumpuh, gejala-gejala sindrom AIDS akan kelihatan seperti penurunan berat badan
yang ketara, kanser, jangkitan TB dll. Setakat ini tiada ubat/vaksin penyembuh yang
ditemui. Walaubagaimanapun rawatan Anti-retroviral boleh meningkatkan kualiti
hidup dan hayat pesakit.
6.
Selama
lebih tiga dekad kita telah berhadapan dengan jangkitan HIV/AIDS dan sepanjang
tempoh tersebut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan dengan AIDS (UNAIDS)
dan masyarakat antarabangsa telah
berjuang tanpa mengenal penat lelah untuk membendung epidemik tersebut. UNAIDS
telah memperkenalkan sasaran Ending AIDS epidemic
menjelang tahun 2030 yang diselaras dengan matlamat Sustainable Development Goal (SDG). Bagi merealisasikan pencapaian
sasaran Ending AIDS ini, UNAIDS telah
menetapkan sasaran rawatan 90-90-90 dicapai menjelang tahun 2020.
7.
Sasaran
ini telah digunapakai oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam National
Strategic Plan on Ending AIDS (NSPEA 2016 – 2030. Bagi tujuan tersebut, kita perlu memastikan
sasaran 90-90-90 menjelang 2020 dapat dicapai, di mana 90% daripada pengidap
HIV dapat dikesan, 90% kes yang dikesan mendapat rawatan dan seterusnya 90%
daripada pesakit yang menerima rawatan mengalami penurunan paras virus (Viral load) di dalam badan.
YBhg Tan Sri/Puan Sri/ Datuk/Dato’/Tuan-tuan dan
puan-puan para hadirin yang dihormati sekalian
8.
Sejak
HIV berada di Malaysia pada tahun 1986, sehingga tahun 2016, seramai 110,000
kes telah dilaporkan, 22,000 mengidap AIDS dan 18,000 telah meninggal dunia
akibat HIV/AIDS. Jangkitan baru HIV/AIDS
telah mencatatkan penurunan sebanyak 50% berbanding tahun 2002, namun tren
penurunan ini kekal mendatar sejak 2010. Kematian akibat AIDS juga mencatatkan
penurunan sebanyak 28% sejak tahun 2002. Walau bagaimanapun, epidemik HIV/AIDS
masih dilihat sebagai cabaran utama di sesetengah negeri di Malaysia, di
kalangan key population di mana akses
aktiviti pencegahan HIV/AIDS dan intervensi perubahan tingkahlaku seperti
pengurangan mudarat masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
9.
Di
Selangor, sepanjang tempoh Januari
hingga September 2016, sebanyak 725 kes baru jangkitan HIV dilaporkan dengan
kadar notifikasi kes 12.2 per 100,000 penduduk.
Kes jangkitan HIV tertinggi (90%) adalah di kalangan golongan remaja dan
belia yang berumur 20-39 tahun. Kadar
jangkitan HIV melalui seksual telah meningkat secara ketara dari 27% pada tahun
2005 kepada 72% pada tahun 2015, di mana
jangkitan HIV disebabkan risiko homoseksual meningkat dari 9% ( thn 2005) kepada 38% (tahun 2015)manakala risiko
jangkitan disebabkan heteroseksual meningkat dari 17% kepada 34%.
10.
Peningkatan
ini telah menimbulkan kebimbangan dan pihak jabatan kesihatan negeri Selangor telah
memutuskan aktiviti pencegahan dan pendidikan perlu difokuskan terhadap kumpulan berisiko tinggi seperti golongan MSM, transgender, penagih dadah, pekerja seks dan golongan remaja dan
belia bagi menurunkan kadar prevalens jangkitan HIV di Selangor.
11.
Aktiviti
pendidikan berkaitan jangkitan HIV dan STI kepada golongan remaja dan belia telah
dilaksanakan kepada pelajar sekolah di seluruh negeri Selangor dan pelajar
IPTA/S yang terpilih. Aktiviti tersebut dijalankan oleh pasukan HIV dari
Pejabat Kesihatan Daerah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran daerah dan IPT yang terpilih. Aktiviti pendidikan yang
lebih spesifik turut diberikan kepada
pelajar sekolah yang terjebak dengan tingkahlaku yang berisiko seperti penggunaan
dadah, amalan tingkahlaku seks bebas, seks luar nikah, seks sesama jenis dan
lain-lain lagi dengan kerjasama guru kaunseling dan pejabat AADK daerah.
12.
Untuk
mendekati masyarakat yang berisiko ini aktiviti outreach telah dijalankan
oleh pihak NGO di bawah Majlis AIDS Malaysia seperti Persatuan Insaf Murni di
Kajang dan Puchong menjalankan aktiviti needle
syringe exchange program kepada golongan
penagih dadah suntikan, Persatuan KLASS di Petaling dan Shah Alam, mendekati golongan-golongan Men Sex Men, Persatuan WAKE di Petaling, Kajang dan Klang
mendekati golong Mak Nyah dan pekerja seks. Disamping memberikan pengetahuan berkenaan
pencegahan jangkitan HIV, promosi penggunaan kondom, pemberian jarum yang
bersih, golongan yang berisiko juga dirujuk ke Klinik Kesihatan atau hospital untuk
menjalani ujian saringan HIV/STI, kaunseling, rawatan ARV atau rawatan Methadone.
13.
Projek Case Management Program turut dipelopori
oleh NGO seperti KLASS (KL Aids Support Services) dan Insaf Murni dengan bantuan teknikal oleh pihak Majlis AIDS
Malaysia. Projek Case Management Program
bertujuan untuk memberikan sokongan dan bantuan berterusan kepada klien yang
menjalani ujian saringan penyakit berjangkit dan rawatan di Klinik Kesihatan. Diantara fasiliti kesihatan
di mana program ini dijalankan di Petaling adalah di klinik Kesihatan Taman Medan, Kelana Jaya, Klinik
Seksyen 7 Shah Alam. Projek ini juga
terdapat di daerah Klang, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Hulu selangor dan
Sabak bernam. Treatment Adherence Program
bertujuan untuk memberikan sokongan dan bantuan berterusan kepada klien
yang mendapat rawatan di hospital bagi mencapai treatment adherence dan viral
load supression.Program ini dilaksanakan oleh KLASS di HTAR Klang, Hospital Sg Buloh dan Hospital
Kajang.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
14.
Saya
ingin mengingatkan golongan remaja dan belia di Selangor, khususnya
pelajar-pelajar MSU sekelian agar menjauhi aktiviti-aktiviti yang boleh
mengakibatkan diri dijangkiti virus HIV. Bagi yang belum dijangkiti, sentiasa
berusaha untuk memelihara kesihatan diri, amalkan cara hidup yang sihat dan tingkahlaku
yang selamat, elakkan pengambilan dadah, hubungan seks di luar nikah, hubungan
seks sesama jenis (homoseksual), seks berbilang pasangan dan sebagainya.
Sekiranya telah terlibat dengan aktiviti tersebut, lakukan ujian saringan HIV
dan STI di Klinik-klinik kesihatan terdekat. Kerahsiaan individu yang HIV
positif sentiasa akan dipastikan oleh anggota-anggota kesihatan yang
menguruskan dan merawat kes.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
15.
Bukan
satu tugas yang mudah untuk mengakhiri epidemik AIDS. Tetapi saya percaya, dengan
komitmen dan kerjasama pelbagai pihak, impian boleh menjadi kenyataan. Akhir
kata, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan
syabas kepada Jawatankuasa sambutan yang telah bertungkus lumus menjayakan
majlis ini. Ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua warga kerja Pejabat
Kesihatan Petaling dan Management &
Science University dan semua agensi lain yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan majlis Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat
Kebangsaan kali ini.
16.
Harapan
saya agar majlis ini menjadi kesinambungan kepada majlis-majlis sebelumnya dan
yang akan datang dalam mencapai matlamat negara bebas daripada epidemik
HIV/AIDS.
17.
End AIDS, Hands Up For HIV Prevention. Dengan kata-kata tersebut, saya dengan ini merasmikan Sambutan
Hari AIDS Sedunia 2016 Peringkat Negeri
Selangor.
Sekian terima kasih,
Terima Kasih diucapkan kepada pihak JKNS, MSU, PKD Petaling, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam , Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat , pihak NGO dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan sambutan ini. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
Jom layan yang ini...
Pemenang Pertandingan Video, PKD Kuala Selangor. Good job.
Forum HIV. Dr Vicky Iyadurai, Pakar Perubatan Keluarga, KK Taman Medan Dr Shireen Pegawai Perubatan KK Seksyen 19 En Abdullah, Wakil KLASS |
Tempat Kedua Klinik Methadone terbaik KK Pandamaran Klang |
Tempat Ketiga Klinik Methadone terbaik KK Taman Medan (Tempat Pertama KK AU2, Gombak) |
Perasmian oleh Dr Ling He Mey dan Y. Bhg. Professor Tan Sri Dato Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid. |
Booth Pameran
Dr Masitah Mohamed, Ketua Unit AIDS/STD JKNS |
Orang Kuat. Dr Lalithamalar Maniam yang sangat cun . Unit AIDS/STD PKD Petaling |
Dr Siti Nurharnani Zaik, Unit AIDS/STD JKNS |
En Yusof Mohd Zin. PPKP Kanan Unit AIDS/STD JKNS |
Location:KLANG, MALAYSIA
MSU, Seksyen 13, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)