Kenali Penyakit Kelamin...
Penyakit kelamin atau sexual transmitted
infection (STI) disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah
dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh
dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di
Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih
lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab
bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks
bebas pada umur yang muda.
Tanpa mengira bangsa atau jantina, data
menunjukkan bahawa remaja yang aktif secara seksual dan orang dewasa muda
mempunyai risiko tinggi untuk untuk mendapat sexual transmitted infection (STI)
berbanding dengan orang dewasa yang lebih tua. Program Pendidikan dan
pencegahan sangat penting dalam memperkasakan masyarakat untuk memberi tumpuan
kepada masalah dan penyelesaiannya. Antara penyakit-penyakit kelamin adalah: