Mr X didiagnosis HIV pada tahun 1990. Beliau yakin ini bukanlah pengakhiran dari hidupnya. Beliau sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan cara hidup sihat. Seiring dengn perkembangan perubatan moden ubat antiretroviral telah banyak membantu pesakit HIV dengan meningkatkan kualiti hidup dan memanjangkan hayat mereka .
Di tahun 2018, Mr X masih hidup dan menikmati setiap saat bahagia dalam kehidupannya bersama keluarga tercinta. Perjuangannya masih belum selesai.
APA ITU HIV/AIDS
HIV ialah virus (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan AIDS. Virus HIV memerlukan sel manusia untuk membiak. Ia banyak terdapat di dalam darah, air mani, cairan kemaluan wanita.
Kes pertama HIV dikesan di USA pada tahun 1981. Pada tahun 1986 HIV dikesan di Malaysia dan sejak itu jugalah darah yang didermakan disaring untuk HIV. Data pesakit HIV boleh dilihat pada gambar di bawah.
AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh virus HIV yang melumpuhkan keupayaan semulajadi badan dalam melawan penyakit.
Di peringkat awal jangitan, walaupun ujian HIV telah dapat mengesan antibodi terhadap virus HIV, pembawa HIV akan nampak sihat. Hampir 50 % daripada pembawa HIV akan mengambil masa lebih kuran 10 tahun untuk menunjukkan tanda-tanda AIDS, tetapi jangkamasa ini mungkin lebih pendek jika tahap kesihatan dan pemakanan tidak dijaga.
BAGAIMANA HIV MEREBAK
HIV tidak mudah merebak. Virus ini mudah musnah dan tidak boleh hidup lama di luar badan manusia. Terdapat 3 cara utama di mana HIV boleh memasuki badan manusia:
i. HUBUNGAN SEKS TANPA KONDOM
Jangkitan HIV boleh berlaku apabila mengadakan hubungan seks – sama ada secara heteroseks, homoseks atau biseks – dengan pasangan yang telah dijangiti. Pasangan yang dijangkiti sukar dikenali. Oleh itu, kita harus berhati- hati apabila memilih pasangan.
ii. PERKONGSIAN JARUM SUNTIKAN YANG TERCEMAR
Sering terjadi pada kepada mereka yang mengambil dadah jenis Heroin dan berkongsi jarum suntikan.
iii. IBU HIV POSITIF KEPADA ANAK
Ibu HIV positif yang mengandung boleh memberi jangkitan kepada anaknya semasa dalam kandungan, proses kelahiran dan penyusuan ibu. Oleh itu, ibu HIV positif tidak boleh sama sekali memberi susu ibu kepada bayinya
MENGHALANG JANGKITAN
Walaupun anda telah dijangkiti, anda hendaklah memastikan jangkitan tidak ditularkan kepada orang lain.
a) Jika anda menagih dadah, jangan sekali-kali berkongsi jarum. Sebaik-baiknya ikutilah program pemulihan dadah untuk berhenti terus dari menagih dadah.
b) Sebagai seorang yang belum berkahwin, pastikan anda tidak mengamalkan hubungan seks sebelum nikah.
c) Maklumat peribadi anda akan dikendali secara sulit. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pihak yang perlu tahu mengenai status HIV anda seperti pengamal perubatan, doktor gigi dan bakal pasangan hidup anda. Pengamal perubatan dan doktor gigi anda perlu mengetahui supaya dapat mengelakkan kelewatan untuk mendapatkan rawatan yang sesuai serta memastikan langkah-langkah sewajarnya dapat diambil. Bakal pasangan hidup anda perlu tahu mengenai status anda supaya dapat menbuat keputusan dan mengambil langkah-langkah sewajarnya.
d) Jangan menderma darah, tisu atau organ.
e) Jangan berkongsi alatan peribadi seperti pisau cukur, gunting dan berus gigi.
Mengikut Akta Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 12(2) adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang mengetahui dirinya dijangkiti oleh penyakit berjangkit menyebarkan jangkitannya kepada orang lain.
APA TERJADI KEPADA PENGHIDAP JANGKITAN HIV
Peringkat tanpa simptom
Mengikut kajian, tempoh purata peringkat tanpa simptom boleh mencapai sehingga 10 tahun. Walau bagaimanapun, tempoh peringkat ini bergantung kepada tahap penjagaan kesihatan pembawa.
Peringkat AIDS
Peringkat ini wujud apabila pembawa mempunyai tanda-tanda klinikal. Tanda-tanda awal yang mungkin dialami termasuklah susut berat badan, batuk, demam dan cirit-birit berpanjangan. Tanda-tanda lain termasuklah Kandidiasis, Kaposi sarcoma, Pneumocystic Jiroveci, Tuberkulosis, Herpes zoster dan kanser pangkal rahim.
UJIAN HIV
Di antara ujian yang dilakukan adalah dengan menguji darah bagi mengesan kehadiran antibody kepada HIV. Pengesahan awal jangkitan HIV boleh membantu penghidap menjaga tahap kesihatan mereka dan mencegah dari menjangkiti virus HIV kepada orang lain tanpa sedar.
KEPUTUSAN POSITIF, bermakna wujud antibodi HIV dalam darah anda. Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor dengan segera.
KEPUTUSAN NEGATIF, tidak bermakna anda bebas dari jangkitan HIV. Anda mungkin berada dalam waktu jendela (window period iaitu 3 minggu -6 bulan dari tarikh virus HIV masuk ke dalam tubuh), iaitu satu jangkamasa di mana antibodi HIV seseorang belum dihasilkan walaupun telah dijangkiti HIV.
UJIAN – UJIAN MAKMAL
Ujian Antibodi HIV
Selain dari ujian antibodi HIV, seseorang pembawa HIV perlu menjalankan beberapa lagi ujian makmal. Ini termasuklah ujian CD4 dan ‘viral load’.
Ujian CD4
Dilakukan bagi mengetahui tahap jangkitan HIV dan bila rawatan anti-retrovirus (HAART) boleh dimulakan(priority di bawah 350 sel/mm3). Ia mengukur jumlah sel CD4 sihat dalam darah. Individu yang sihat mempunyai bilangan CD4 antara 600-1200 sel/mm3 darah. Pesakit didiagnos AIDS Jika bilangan CD4 menurun sehingga 200 sel/mm3.
Ujian ‘viral load’
Ujian ini mengukur jumlah virus dalam darah. Paras yang tinggi menunjukkan tahap pembiakan virus yang tinggi.
JENIS RAWATAN
a. Rawatan Anti- Retrovirus (HAART)
Kombinasi ubat anti-retrovirus bila digunakan menekan pembiakan virus HIV di bawah paras 20 copies/ml (iaitu di bawah paras yang boleh dikesan oleh ujian HIV)
Kombinasi yang disyorkan oleh kementerian adalah: 2 jenis Nucleoside Reversed Trascriptase inhibitor (NRTI) + 1 Protease Inhibitor (PI) atau Non-Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NNRTI).
Mengikut Malaysian Consensus Guidelines on Antiretroviral Theraphy 2017, HAART BOLEH DIBERIKAN KEPADA PESAKIT HIV TANPA MENGAMBILKIRA PARAS CD4.
Namun prioroti untuk HAART PERLU DIBERI KEPADA :
1) HIV stage 3 /stage 4
2) Paras CD4 kurang daripada 350 sel/ml
3) HIV associated nephropathy
4) HIV/Hep B co-infection
5) HIV/Hep C co-infection
6) Wanita HIV yang mengandung
b. Rawatan profilaktik
Rawatan profilaktik akan diberi untuk memcegah jangkitan- jangkitan oportunistik seperti Pneumocystis jiroveci & tuberculosis.
c. Lain- lain perkhidmatan
Rujukan sokongan (Kesihatan & Bukan kesihatan)
TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI SEORANG PEMBAWA HIV
Dengan mengekalkan tahap kesihatan optima seseorang pembawa HIV boleh hidup sihat lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak menjaga kesihatan diri. Anda boleh mencapai tahap kesihatan optima melalui:
a) Amalan gaya hidup sihat seperti tidur yang cukup, tidak merokok, bersenam, makan makanan sihat dan seimbang, serta menjaga kesihatan diri.
b) Segera dapatkan rawatan awal sekiranya menhadapi masalah kesihatan.
c) Berfikiran positif bagi mengelak tekanan fizikal, emosi dan mental untuk meneruskan kehidupan
d) Sentiasa patuh dan amalkan ajaran agama setiap masa
e) Sekiranya menerima rawatan, anda hendaklah mematuhi regim rawatan yang diberikan dan mendapatkan rawatan susulan yang telah ditetapkan
HAK -HAK PEMBAWA HIV
a) Menentukan status HIV anda dikendalikan secara sulit
b) Menerima perkhidmatan rawatan dan kaunseling di klinik dan hospital
c) Mendapatkan rawatan HAART secara percuma bagi warganegara Malaysia (bagi ubat 1st line sahaja).
Semoga membantu...
By :
PUSPHA VENI CHANDRAN
SHAMICA RANY SATHIA MOORTHI
KOMAGAL RAVICHANDRAN
BANUSYHA RAMESH
RAMSAY SIME DARBY HEALTHCARE COLLEGE STUDENT
Edited by : Unit AIDS/STD PKD Klang
FB Page : HIV Selangor (Please Like)