Friday, 10 November 2017

UJIAN SARINGAN HIV TANPA NAMA

Assalamualaikum & salam sejahtera. Kami bawakan lagi topik
ini memandangkan topik ni yang paling banyak view dan 
soalan diterima. Harap membantu. 




1.APAKAH KEGUNAAN UJIAN SARINGAN HIV TANPA NAMA?
   
   Bagi membolehkan seseorang individu mengetahui tentang status jangkitan HIV mereka tanpa memberikan identiti sebenar kepada petugas kesihatan yang menjalankan ujian di fasiliti kesihatan

  Segala maklumat peribadi pesakit akan dikendalikan secara ‘sulit’ oleh pegawai- pegawai tertentu sahaja

2.DI MANAKAH TERDAPAT KEMUDAHAN UJIAN SARINGAH HIV TANPA NAMA?
  
  Di semua klinik kesihatan kerajaan di Malaysia dan Klinik 1 Malaysia

3.SIAPAKAH INDIVIDU YANG BOLEH MELAKUKAN UJIAN SARINGAN HIV TANPA NAMA INI?

- Semua individu yang berisiko tinggi sama ada lelaki atau perempuan 
-  Individu berumur 18 tahun dan ke atas

4.APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN INDIVIDU YANG BERISIKO TINGGI?

- Semua individu yang merasakan diri mereka berkemungkinan dijangkiti HIV:

a.Mereka yang mempunyai pasangan hubungan seks yang dijangkiti HIV
b.Pekerja seks/ pelacur
c.Homoseksual dan pasangan
d.Mereka yang membuat hubungan seks dengan berbilang pasangan
e.Mereka yang melakukan hubungan seks dengan pekerja seks/ pelacur
f.Mereka yang terlibat dalam perkongsian jarum suntikan untuk mengambil dadah
g. Mereka yang mempunyai pasangan penagih dadah
h. Pesakit yang dirawat sebagai penyakit kelamin seperti gonorrhoea, syphilis, herpes genitalis dan lain- lain


5.BAGAIMANA PROSEDUR UJIAN SARINGAN HIV TANPA NAMA DIJALANKAN?


       ADAKAH KEPUTUSAN INI RAHSIA      Ya 


Prevention is better than cure...
Sekian Terima Kasih
Dr Izanna Ideris
Unit AIDS/STD PKD Sabak Bernam

Wednesday, 1 November 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman. Untuk post kali ini kami ingin berkongsi dengan anda Program-program di bawah Unit AIDS/STD. Semoga bermanfaat.

PROGRAM PENCEGAHAN DAN KAWALAN AIDS/STI DAN POLISI-POLISI BERKAITAN

Bagi menangani masalah HIV/AIDS di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan program pencegahan dan kawalan dengan melibatkan beberapa polisi yang berkaitan dengan HIV/AIDS. Objektif program ini adalah :

1.  Untuk mengurangkan kadar AIDS/STI
2.  Untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti akibat AIDS/STI
3.  Untuk mempromosikan usahasama di kalangan agensi setempat dan  
     antarabangsa
4.  Menggerakkan sumber nasional (sektor krjn dan bukan krjn) di dalam mencapai 
     objektif  di atas.


LIMA STRATEGI UTAMA DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM PENCEGAHAN & KAWALAN AIDS/STI:




PELBAGAI AKTIVITI-AKTIVITI DIJALANKAN UNTUK MENANGANI ISU HIV/AIDS DI MALAYSIA


 1.  Surveillan – Proses pemantauan notifikasi kes HIV, AIDS, Kematian AIDS dan STI, 
      penyiasatan        kes   & kontak  Disease surveillance in Malaysia.pdf

2.   Pencegahan & Kawalan HIV/AIDS di Institusi Penjara

3.   Pencegahan & Kawalan HIV/AIDS di Institusi Pusat Serenti

4.   Pencegahan Transmisi HIV dari ibu mengandung kepada anak 
      (Prevention of Maternal To ChildTransmission-PMTCT)

5.   Saringan HIV Sukarela & Tanpanama (Voluntary Confidential Testing-VCT)

6.   Pengendalian Pesakit HIV/AIDS di Kesihatan Primer-PPHIV

7.   Pengendalian Pesakit STI di Kesihatan Primer- melalui Modified Syndromic Approach 
      (MSA)

8.   Rawatan AIDS menggunakan Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART)

9.   Program Pencegahan HIV kepada remaja melalui promosi di sekolah.

10. Program Pencegahan & Kawalan   HIV/AIDS bagi penagih di bawah pengawasan 
      (OKP).

11. Program Pengurangan kemudaratan/‘Harm Reduction’ kepada penagih dadah 
      Methadone treatment , Pertukaran Jarum & Pemberian kondom
      (Methadone Maintenance Therapy, Needle Syringe Exchange Program with condom
       distribution)

12.  Melaksanakan Pelan Strategik Kebangsaan HIV/AIDS  “National Strategic Plan for 
       Ending HIV/AIDS , 2016-2030”

13.  Program Ujian Saringan HIV kepada bakal pengantin, Islam  2009

POLISI-POLISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERKAITAN HIV/AIDS


 NOTIFIKASI HIV/AIDS DAN KEMATIAN

Penyakit AIDS telah diwartakan  sebagai penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi pada 22 Mei 1985. Di bawah seksyen 10(1), (2) dan (3)  Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, semua peringkat jangkitan HIV (HIV, AIDS dan Kematian AIDS) yang disenaraikan di bahagian II , hendaklah diberitahu kepada Pegawai Kesihatan yang terdekat.
Rujukan: Akta 342, 1988 AKTA 342 CDC.pdf
Notis jangkitan HIV adalah secara ‘nominal’ iaitu beserta nama dan alamat menggunakan  borang berikut :-

1.  Borang Notis “Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988”/(e-
     notis)
2.  Borang Penyiasatan Kes HIV/AIDS/Kematian (HIV/AIDS- 97)

Bagi pesakit dari Pusat-pusat Pemulihan dan Penjara Pihak Berkuasa Pusat Pemulihan dan penjara perlu memberitahu Pegawai Kesihatan Daerah melalui telefon dan dikuti dengan notis pemberitahuan satu bulan sebelum kes dibebaskan atau dipindahkan.

PEMBERITAHUAN STATUS HIV KEPADA PASANGAN

Bagi semua kes jangkitan HIV yang dikesan pasangan mereka perlu dimaklumkan secepat mungkin (sebaik-baiknya dalam tempoh 24 jam) . Pemakluman ’partner notification’ perlu dilakukan secara lisan oleh pegawai perubatan yang mengendalikan kes atau lain-lain kakitangan yang sesuai, ia perlu diikuti dengan aktiviti kaunseling kepada pasangan tersebut.
Rujukan: Bil.(23)dlm KKM-171(99/4/8) bertarikh 25 Januari,1997

UJIAN SARINGAN HIV

Ujian HIV perlu dilakukan bagi tujuan pengesanan awal, rawatan dan pencegahan supaya penularan jangkitan dapat dikurangkan. Ujian HIV perlu dijalankan bagi kumpulan berikut :-
1.            Penderma darah - mandatori
2.            Pekerja asing - mandatori                                                                               
3.            Penghuni pusat serenti (kemasukan,6 /12, prabebas) -rutin
4.            Banduan (kumpulan risiko tinggi sahaja)- rutin
5.            Ibu mengandung- rutin
6.            Pesakit TB - rutin
7.            Pesakit STI - rutin
8.            Pesakit yang memerlukan pemindahan darah - rutin
9.            Kontak kepada pesakit HIV/AIDS -rutin
10.          Anggota Polis dan Tentera rutin
11.          Pelacur

UJIAN HIV SECARA SUKARELA

Perkhidmatan ini boleh diberi melalui Klinik Kesihatan atas permintaan klien secara percuma. Jika klien di dapati HIV positif, Pegawai Perubatan / Pembantu Perubatan yang menjalankan saringan perlu membuat notifikasi HIV kepada Pegawai Kesihatan daerah berkenaan.


RAWATAN  ARV (ANTIRETROVIRAL)

Ubat-ubat ARV yang boleh diperolehi di Kementerian Kesihatan ialah :-
ú  Zidovudine (AZT)
ú  Didanosine (ddI)
ú  Zalcitabine (ddc)
ú  Stavudine (d4T)
ú  Indinavir
ú  Ritonavir
Terapi kombinasi adalah pilihan utama dalam rawatan pesakit HIV/AIDS- terapi kombinasi HAART(Highly Active Anti Retroviral Therapy). Kementerian Kesihatan membekalkan ARV secara percuma kepada  kes HIV (kecuali 2nd line).

POST EXPOSURE PROPHYLAXIS (PEP)

Semua anggota kesihatan yang mungkin terdedah kepada virus HIV semasa bertugas, hendaklah diberi pilihan untuk menerima terapi kombinasi post-exposure prophylaxis secara percuma.

PENJAGAAN PERUBATAN DAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

Penjagaan dan rawatan ke atas mereka yang dijangkiti HIV adalah salah satu pendekatan penting dalam pencegahan penyakit. Semua hospital dan Klinik Kesihatan kerajaan ada menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kaunseling, rawatan dan rawatan susulan kepada mereka yang dijangkiti HIV seperti yang digariskan di dalam pekeliling pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Bil.(10) dlm.KKM 87 (P20/205/1) bhg.6 bertarikh 8 Feb 2000.

PENGESANAN KONTAK

Pengesanan kontak HIV perlu dilakukan dengan segera untuk membendung jangkitan. Semasa aktiviti ini kontak akan dirujuk kepada pegawai perubatan bagi tujuan kaunseling dan seterusnya untuk ujian saringan. Melalui pengesanan kontak yang berkesan, mereka yang belum lagi dijangkiti boleh dikekalkan tidak dijangkiti. Manakala kontak yang telah dijangkiti perlu mendapat kaunseling dan sokongan untuk meneruskan hidup mereka.

STANDARD PRECAUTIONS

HIV/AIDS dijangkiti melalui hubungan seks dan melalui pemindahan darah/bahan darah yang tercemar dengan virus HIV. Walaupun risiko jangkitan HIV kepada anggota kesihatan yang menjaga pesakit HIV adalah rendah, namun langkah keselamatan atau ‘standard precautions’ hendaklah sentiasa diikuti. Mereka yang mempunyai luka, kudis atau yang mempunyai masalah sistem ketahanan tubuh, hendaklah mengelakkan diri dari terkena darah, bahan darah, cecair badan, uri atau mayat mereka yang dijangkiti HIV .

PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendekatan agama dan kemanusiaan serta nilai-nilai murni hendaklah sentiasa diterapkan di dalam aktiviti pendidikan kesihatan bagi mencegah dan mengawal HIV.

Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

          Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS -18 Disember  2008 memutuskan : ujian saringan HIV bagi bakal pengantin di kalangan orang Islam dilaksanakan secara wajib mulai tahun 2009
          Bagi bakal pengantin bukan Islam ujian saringan HIV-digalakkan
          PERCUMA
          Di semua Klinik Kesihatan di Malaysia

Pengurangan Mudarat ‘Harm Reduction ’ bagi penagih dadah suntikan

Program ini telah dijadikan sebagai Polisi Kerajaan bermula pada Jun 2005. Dua program utama   ialah  Program “Needle & Syringe Exchange Program (NSEP) dan ‘Drug Substitution Therapy’ e.g Methadone. Selain daripada itu pendidikan AIDS juga dijalankan kepada penagih dadah suntikan bagi mengurangkan risiko jangkitan HIV.   

Promosi penggunaan kondom

  • Hanya untuk pasangan berkahwin sahaja.
  • Kes-kes lain adalah atas sebab-sebab perubatan dan perancangan keluarga.
  • Promosi secara terbuka (e.g 100% condom promotion) tidak sesuai dan tidak diamalkan.
  • Walaubagaimanapun, kondom di Malaysia adalah murah dan senang didapati.


Sekian Terima Kasih.

Dr Salmiah Baharudin dengan kerjasama 
Unit AIDS/STD Pejabat Kesihatan Daerah Klang