Wednesday, 5 April 2017

UJIAN HIV MENGGUNAKAN RAPID TEST DAN WINDOW PERIOD

HIV (testing, result and expectation)
Assalamualikum dan salam sejahtera semua!!
Entry kali ini kita akan berkongsi mengenai jangkaan dalam window period untuk HIV (testing, result and expectation). Pernah dengar tak pasal HIV testing? Mesti pernah kan? Especially bagi muslim yang nak berkahwin, ujian HIV adalah salah satu perkara yang wajib anda buat.

Apa itu Rapid Test?
Seperti nama yang diberi, ujian rapid test HIV adalah ujian saringan yang boleh memberi keputusan dengan cepat. Dalam masa 30 minit sahaja anda boleh dapat keputusan daripada rapid test. Keputusan daripada rapid test adalah samada reaktif atau not reaktif. Ujian ini boleh dilakukan di Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia yang terpilih dan di Hospital samada kerajaan mahupun swasta.

Jika keputusan saya reaktif, adakah saya pembawa HIV?
Ini adalah soalan lazim yang ditanya oleh pesakit… rapid test adalah ujian untuk mengesan antibody terhadap HIV. Seperti yang anda semua maklum, apabila HIV menjangkiti kita, kita akan menghasilkan antibodi sama seperti jangkitan virus dan bakteria yang lain. Tetapi ada keadaan lain yang boleh menyebabkan keputusan rapid test reaktif.
Maka…. Apabila keputusan rapid test reaktif, ujian seterusnya yang akan dilalui adalah ujian confirmation. Sample darah akan diambil dan dihantar ke makmal. Ujian di makmal yang akan dilakukan adalah ELISA (enzyme-linked immunosorbent assay). ELISA juga adalah ujian saringan untuk HIV.  Jika  keputusan ELISA negative, bermakna rapid test yang dijalankan sebelum itu adalah false positive. Jika keputusan ELISA positive, ujian seterusnya akan dijalankan iaitu PA (particle agglutination). Jika keputusan PA positive, maka pesakit itu disahkan adalah pembawa HIV. Jika keputusan PA negative, ujian yang seterusnya yang akan dijalankan adalah ujian Western Blot. Jika ujian Western Blot positive, individu itu akan disahkan sebagai pembawa HIV.
Rumit kan? Bukan senang ye nak diagnose seseorang tu sebagai pembawa HIV.

Jika keputusan saya not reaktif, saya bukan pembawa HIV la kan?
Hurmmm… disini ada dua kemungkinan.. ia mungkin true negative atau boleh juga jadi false negative. Macam mana tu? Ok, untuk true negative tu, individu tersebut memang tiada virus HIV dalam badan yang menyebabkan rapid test tidak dapat mengesan antibodi terhadap HIV..
Kalau false negative pula, berkemungkinan individu tersebut mempunyai virus HIV dalam badan tetapi keputusan ujian saringan adalah not reaktif. Perkara ini berlaku jika pesakit berada dalam window period.

HAAAA?? Apa tu window period?
Window period adalah tempoh masa bermula daripada seseorang itu terdedah dengan jangkitan HIV sehingga masa ujian saringan menjadi reaktif. Tempoh masa ini dalam julat 3 minggu hingga 6 bulan. Kenapa berbeza-beza masa dia? Kerana kita mempunyai antibodi yang berbeza dan tahap jangkitan yang berbeza-beza. Mungkin ada individu yang hanya  2 minggu terdedah kepada risiko, antibodi  sudah dapat dikesan dan mungkin individu yang lain memerlukan tempoh sehingga 3 bulan bagi mengesannya.

Jadi, apa yang perlu saya buat jika keputusan ujian rapid saya not reaktif?
Jika anda mempunyai risiko dan terdedah dengan jangkitan HIV seperti membuat hubungan seks bebas, melanggan pekerja seks, seks sejenis, mempunyai pasangan yang mempunyai banyak pasangan lain, mengambil dadah melaui suntikan atau mempunyai hubungan dengan pembawa HIV anda seharusnya mengulangi ujian saringan HIV selepas 3 bulan.

Sampai bila nak ulang buat ujian saringan?
Sehingga 6 bulan selepas kali terakhir anda terdedah kepada risiko jangkitan HIV.

Apa nasihat supaya saya tidak dijangkiti HIV?
Prevention is better than cure... Jika anda menjalani cara hidup sosial yang tidak sihat, tinggalkannya.. Jauhi faktor risiko yang boleh menyebabkan anda mendapat HIV. Jika anda telah terdedah, jalani ujian saringan untuk mengetahui status HIV anda.




Contoh Rapid Test Kit yang digunakan



Peringkat jangkitan HIV & AIDS dan jangkamasa window period

Semoga entry kali ini memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada semua. Sehingga berjumpa lagi!!!!

Dr Nurain Binti Mohamad Seri
Pegawai Perubatan
PKD Kuala Selangor