Friday, 19 August 2016

Malaysian Guideline in the Treatment of Sexually Transmitted Infections (STI) - LATEST 2015


Sebagai tambahan ilmu pengetahuan,
Entry blog kali ini, disertakan satu guideline yang sangat berguna untuk semua pengamal perubatan diluar sana yang ingin tahu mengenai cara-cara merawat Penyakit Jangkitan Kelamin di Malaysia.

Hope to be Useful...


*Klik Link di bawah



Malaysian Guideline in the Treatment of Sexually Transmitted Infections 

Thursday, 4 August 2016

PENGURUSAN JENAZAH KEMATIAN PENYAKIT BERJANGKIT/ HIV/AIDS

Hai everyone... entry kali ini sangat-sangat penting..... So FOKUS..
Entry kali ini adalah berkenaan pengurusan jenazah yang meninggal akibat penyakit berjangkit termasuklah HIV/AIDS. Pengurusanya memang lain sedikit daripada pengurusan jenazah biasa, so jangan pelik ye..

Tujuan saya share perkara ini adalah sebab ada beberapa soalan yang diajukan kepada saya oleh ramai pihak...even pesakit yang saya jumpa sendiri. Antaranya:
  1. Betulkan nanti kalau meninggal kena mandi dengan clorox?
  2. Perlukah? Rasa macam menyeksa jenazah je..
  3. Apa tujuannya?
  4. Macam mana cara-cara nak mandikan jenazah?
Bagi menjawab soalan-soalan diaatas, jom kita belajar sedikit prosedur memandikan jenazah HIV/AIDS
( Sumber dari Kursus Pengurusan Jenazah HIV/AIDS- saya sebagai salah seorang peserta)
  •  Mengapa jenazah penyakit berjangkit dimandikan dengan cara lain?
 AKTA PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988
 
Seksyen 10 ( 1 ) – Adalah menjadi kesalahan ke atas setiap penghuni dewasa mana-mana rumah di mana terdapat penyakit berjangkit, atau orang yang menjaga, atau yang ada bersama dan mereka yang bukan pengamal perubatan menyelenggarakan sesiapa yang menginap, atau yang mati akibat penyakit berjangkit tanpa melaporkan kepada Pegawai Kesihatan di kemudahan kesihatan atau Balai Polis atau Ketua Kampong yang terdekat dengan segera.
So, ini bukan rekaan semata-mata ye..
  •  Tujuan??

  1. Mengelakkan pengendali jenazah dari dijangkiti Virus HIV
  2. Dan lain-lain micro organisma patogenik seperti virus Hepatitis, sifilis dan lain-lain
  • Prosedur
- Kematian di Hospital

   *Jika berlakunya kejadian kematian pesakit HIV/AIDS di hospital, pihak keluarga akan 
    dimaklumkan
     dengan segera. selain itu, pihak kesihatan juga akan dimaklumkan bagi tujuan siasatan 
     dan juga pengurusan jenazah.

- Kematian di rumah pesakit

    *Jika berlakunya kematian pesakit HIV/AIDS di rumah pesakit, pihak keluarga ataupun 
      kenalan pesakit seharusnya menghubungi pihak pejabat kesihatan bagi memaklumkan 
      kejadian.

Bagi tujuan siasatan dan juga pengurusan jenazah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dari pejabat kesihatan terdekat akan berada di lokasi.


PENGENDALI JENAZAH HIV/AIDS
  • Bilangan yang kecil - tidak melebihi 4 orang
  • Terlatih
  • Tidak mengalami sebarang luka atau kudis terutamanya di bahagian kaki dan tangan
PERSEDIAAN
  • Persediaan tempat mandian
                    *Takungan mandian
                    *Jika tiada, gunakan lapisan plastik sebagai alas
  • Persediaan tempat pembuangan air mandian - salurkan kedalam lubang atau longkang
PERALATAN YANG WAJIB
  • Peluntur (Sodium Hypochlorite) 
  • Sarung tangan getah/latex (2 lapis) jenis pakai buangjenis pakai buang 
  • Takungan mandi @ Plastik tebal
  • Besen merendam kapas
  • Alatan sebagai pemegang (forcep)  
  • Baldi tambahan
          * bancuhan peluntur
          *pakaian jenazah
          *peralatan tercemarperalatan tercemar 
PENGENDALI JENAZAH PERLU MEMAKAI PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI
  • Apron plastik 
  • 2 lapis sarung tangan (getah/latex) jenis pakai buang
  • Pelindung hidung dan mulut (mask) 
  • Pelindung mata   
  • Kasut (boot) getah 
MEMANDIKAN JENAZAH
  1. Pakaian jenazah ditanggal dan direndam dalam larutan kloroks selama 30 minit sebelum dibasuh. 
  2. Jenazah diletakkan ke dalam bekas mandi atau lapisan plastik   
  3. Jenazah dimandikan / dibasmi kuman dengan larutan kloroks (1: 10) keseluruhan tubuh (jirusan pertama sahaja)
  4. Rongga dicuci menggunakan forcep atau alat-alat yang sesuai   
  5. Mayat kemudian dimandikan dengan air biasa / bersih (bilasan kedua dan ketiga) 
  6. Semua rongga disumbat dengan kapas yang direndam dlm. larutan kloroks diikuti dengan kapas kering biasa (dilakukan kepada jenazah yang banyak mengeluarkan discaj)
MENGKAFANKAN JENAZAH
  • Pengendalidi kehendaki memakai sarung tangan terutamanya semasa mengendali jenazah yang ada lelehan atau tidak utuh 
  • Lapisan pertama – kain putih 
  • Lapisan kedua – plastik terang lembut
  • Lapisan Ke 3,4,5 - Kain putih  
  • Penggunaan beg mayat tidak perlu dalam urusan pengangkutan/pengkebumian 
SEMBAHYANG MAYAT SEMBAHYANG MAYAT
  • boleh dilakukan di mana-mana  
PENGKEBUMIAN
  • Tidak perlu beg mayat untuk dibawa ke kubur
  • Tidak perlu beg mayat semasa pengangkutanpengangkutan mayat ke tempat lain
  • Di kubur- tidak dimestikan pakai sarung tangan  
  • Tidak perlu tabur serbuk chlorine ke liang kubur 
DISINFEKSI PERALATAN, TEMPAT DAN AIR MANDIAN
  • Tujuan – basmi kuman  
  • Peralatan direndam dalam larutan kloroks selama 30 minit sebelum dicuci  
  • Lantai tempat mandian dimop dengan larutan kloroks kemudian dibilas.
  • Air mandian yang bertakung tidak perlu ditabur dengan serbuk chlorine dan ditimbus.
  • Peralatan yang berasaskan logam perlu direbus jika guna semula. 
  • Sarung tangan terpakai perlu di rendam dalam klorox sebelum dibuang.

    Pengurusan mandi mayat pesakit HIV/AIDS perlu diselia oleh mereka yang telah ditauliahkan dan terlatih atau anggota kesihatan 
    •  mereka yang ditauliah – imam, bilal, pegawai masjid, pegawai agama 
     
    Keputusan untuk membenarkan mencium jenazah terletak kepada anggota Kesihatan / mereka yang menyelia. Pada amnya kulit muka yang utuh boleh dibenarkan untuk dicium oleh ahli keluarga yang terdekat.


    APA YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGENDALI JENAZAH
Setelah selesai memandikan jenazah 
  • basuh tangan dengan sabun selepas buka sarung tangan
  • mandi bersabun  selepas kendalikan jenazah
  • pakaian yang tercemar dengan darah/nanah perlu direndam dengan larutan klorox selama 30 minit sebelum dicuci 

Hasil daripada Kursus Pengurusan Jenazah yang dijalankan pada 2 Jun 2016 di Komplek Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam 























Selamat Dikafan



Ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu sahaja

Sekian,kita jumpa lagi ye...