Thursday, 11 February 2016

Ujian HIV...

Welcome back...


Dalam post lepas, kita dah tahu kan macam mana nak buat penilaian diri untuk ketahui sama ada diri kita berisiko ke tidak untuk mendapat HIV....

Dalam post ni, saya akan cerita mengenai langkah seterusnya pulak..So sit back for more info..


PROGRAM UJIAN SARINGAN HIV SECARA SUKARELA DAN TANPA NAMA

AVT = Anonymous Voluntary Testing
VCT = Voluntary Counselling & Testing
 

Melalui perkhidmatan saringan HIV sukarela dan tanpa nama ini, individu boleh mengetahui status HIV negatif dalam masa 15 minit iaitu menggunakan kaedah ujian ‘rapid test’. Individu tidak perlu mendedahkan maklumat peribadi termasuk nama dan alamat semasa melakukan ujian ini. Hanya maklumat tentang umur, bangsa, jantina dan tingkahlaku risiko diambil dari individu yang menjalani ujian tanpa nama ini.

Perkhidmatan ini disediakan di semua Klinik Kesihatan Kerajaan setiap hari dalam waktu pejabat. Bagi individu yang disahkan dijangkiti HIV, segala maklumat peribadi pesakit akan dikendalikan secara 'sulit' oleh pegawai-pegawai tertentu sahaja. Mereka akan diberi penjagaan selanjutnya melalui pakej perkhidmatan yang akan meliputi kaunseling, pemeriksaan susulan dan rawatan yang akan disediakan di Klinik Kesihatan dan juga hospital.

RAPID TEST


Kaedah Ujian saringan HIV akan dijalankan menggunakan kaedah ujian segera (Rapid test). Sekiranya di dapati ‘reaktif’, contoh darah individu itu akan diambil dan dihantar ke Pusat Saringan HIV (makmal hospital). 




Langkah 1: Rapid test akan dilakukan oleh mana-mana anggota kesihatan yang dikhaskan sahaja. Segala maklumat dan keputusan akan dirahsiakan.




Langkah 2
Langkah 3
 
Langkah 4 : Satu garis menandakan NEGATIF, bila dua garis muncul....*POSITIVE
*Lakukan ujian pengesahan dengan segera.