PENGURUSAN JENAZAH KEMATIAN PENYAKIT BERJANGKIT/ HIV/AIDS
Hai everyone... entry kali ini sangat-sangat penting..... So FOKUS..
Entry kali ini adalah berkenaan pengurusan jenazah yang meninggal akibat penyakit berjangkit termasuklah HIV/AIDS. Pengurusanya memang lain sedikit daripada pengurusan jenazah biasa, so jangan pelik ye..
Tujuan saya share perkara ini adalah sebab ada beberapa soalan yang diajukan kepada saya oleh ramai pihak...even pesakit yang saya jumpa sendiri. Antaranya:
- Betulkan nanti kalau meninggal kena mandi dengan clorox?
- Perlukah? Rasa macam menyeksa jenazah je..
- Apa tujuannya?
- Macam mana cara-cara nak mandikan jenazah?
Bagi menjawab soalan-soalan diaatas, jom kita belajar sedikit prosedur memandikan jenazah HIV/AIDS
( Sumber dari Kursus Pengurusan Jenazah HIV/AIDS- saya sebagai salah seorang peserta)
- Mengapa jenazah penyakit berjangkit dimandikan dengan cara lain?
AKTA
PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988
Seksyen
10 ( 1 ) – Adalah
menjadi
kesalahan ke atas
setiap
penghuni
dewasa
mana-mana
rumah
di mana
terdapat
penyakit
berjangkit,
atau
orang yang menjaga,
atau
yang ada
bersama
dan
mereka
yang bukan
pengamal
perubatan
menyelenggarakan
sesiapa
yang menginap,
atau
yang mati
akibat
penyakit
berjangkit
tanpa melaporkan kepada
Pegawai
Kesihatan
di kemudahan
kesihatan
atau
Balai
Polis atau
Ketua
Kampong yang terdekat
dengan segera.
So, ini bukan rekaan semata-mata ye..
- Mengelakkan pengendali jenazah dari dijangkiti Virus HIV
- Dan lain-lain micro organisma patogenik seperti virus Hepatitis, sifilis dan lain-lain
- Kematian di Hospital
*Jika berlakunya kejadian kematian pesakit HIV/AIDS di hospital, pihak keluarga akan
dimaklumkan
dengan segera. selain itu, pihak kesihatan juga akan dimaklumkan bagi tujuan siasatan
dan juga pengurusan jenazah.
- Kematian di rumah pesakit
*Jika berlakunya kematian pesakit HIV/AIDS di rumah pesakit, pihak keluarga ataupun
kenalan pesakit seharusnya menghubungi pihak pejabat kesihatan bagi memaklumkan
kejadian.
Bagi tujuan siasatan dan juga pengurusan jenazah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dari pejabat kesihatan terdekat akan berada di lokasi.
PENGENDALI JENAZAH HIV/AIDS
- Bilangan yang kecil - tidak melebihi 4 orang
- Terlatih
- Tidak mengalami sebarang luka atau kudis terutamanya di bahagian kaki dan tangan
PERSEDIAAN
- Persediaan tempat mandian
*Takungan mandian
*Jika tiada, gunakan lapisan plastik sebagai alas
- Persediaan tempat pembuangan air mandian - salurkan kedalam lubang atau longkang
PERALATAN YANG WAJIB
PENGENDALI JENAZAH PERLU MEMAKAI PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI
- Apron
plastik
- 2
lapis sarung tangan (getah/latex) jenis pakai buang
- Pelindung
hidung dan mulut (mask)
- Pelindung
mata
- Kasut
(boot) getah
MEMANDIKAN JENAZAH
- Pakaian
jenazah ditanggal dan direndam dalam larutan kloroks selama 30 minit sebelum
dibasuh.
- Jenazah
diletakkan ke dalam bekas mandi atau lapisan plastik
- Jenazah
dimandikan / dibasmi kuman dengan larutan kloroks (1: 10) keseluruhan tubuh
(jirusan pertama sahaja)
- Rongga
dicuci menggunakan forcep atau alat-alat yang sesuai
- Mayat
kemudian dimandikan dengan air biasa / bersih (bilasan kedua dan ketiga)
- Semua
rongga disumbat dengan kapas yang direndam dlm. larutan kloroks diikuti dengan
kapas kering biasa (dilakukan kepada jenazah yang banyak mengeluarkan discaj)
MENGKAFANKAN
JENAZAH
- Pengendalidi kehendaki memakai sarung tangan terutamanya semasa mengendali jenazah yang ada
lelehan atau tidak utuh
- Lapisan
pertama – kain putih
- Lapisan kedua – plastik terang lembut
- Lapisan Ke 3,4,5 - Kain putih
- Penggunaan
beg mayat tidak perlu dalam urusan pengangkutan/pengkebumian
SEMBAHYANG
MAYAT SEMBAHYANG MAYAT
- boleh
dilakukan di mana-mana
PENGKEBUMIAN
- Tidak
perlu beg mayat untuk dibawa ke kubur
- Tidak
perlu beg mayat semasa pengangkutanpengangkutan mayat ke tempat lain
- Di
kubur- tidak dimestikan pakai sarung tangan
- Tidak
perlu tabur serbuk chlorine ke liang kubur
DISINFEKSI
PERALATAN, TEMPAT DAN AIR MANDIAN
- Tujuan
– basmi kuman
- Peralatan
direndam dalam larutan kloroks selama 30 minit sebelum dicuci
- Lantai
tempat mandian dimop dengan larutan kloroks kemudian dibilas.
- Air
mandian yang bertakung tidak perlu ditabur dengan serbuk chlorine dan ditimbus.
- Peralatan
yang berasaskan logam perlu direbus jika guna semula.
-
Sarung tangan terpakai perlu di
rendam dalam klorox sebelum dibuang.
Pengurusan mandi mayat pesakit
HIV/AIDS perlu diselia oleh mereka yang telah ditauliahkan dan terlatih atau
anggota kesihatan
mereka yang ditauliah – imam, bilal, pegawai masjid,
pegawai agama
Keputusan untuk membenarkan mencium jenazah
terletak kepada anggota Kesihatan / mereka yang
menyelia. Pada amnya kulit muka yang utuh boleh dibenarkan untuk dicium oleh ahli keluarga yang terdekat.
APA YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGENDALI JENAZAH
Setelah
selesai memandikan jenazah
- basuh tangan dengan sabun selepas buka sarung tangan
- mandi bersabun selepas kendalikan jenazah
- pakaian
yang tercemar dengan darah/nanah perlu direndam dengan larutan klorox selama
30 minit sebelum dicuci
Hasil daripada Kursus Pengurusan Jenazah yang dijalankan pada 2 Jun 2016 di Komplek Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam
Selamat Dikafan
Ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu sahaja
Sekian,kita jumpa lagi ye...